tips bercakap.
boleh bercakap di depan ramai orang? dalam dewan besar?
maka from motivasi belajar here ada tips dan sample
=====
Program ini sebenarnya telah dijalankan pada 26 Julai 2008. Hampir setahun setengah yang lalu. Ketika itu, saya kongsikan bersama lebih 200 pelajar yang hadir tentang tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai mahasiwa dan mahasiswi pusat pengajian tinggi.
Jadi dalam 2 video Youtube ini saya kongsikan satu slot bersama pelajar Universiti Darul Iman Terengganu. Di dalam slot ini, ditunjukkan beberapa mahasiwi yang bercakap di hadapan kawan-kawan mereka secara sukarela. Ini benar-benar menunjukkan semangat, keyakinan dan keberanian diri mereka. Sebelum mereka bercakap, saya kongsikan dahulu beberapa tips dan langkah untuk menarik perhatian pendengar. Jadi, selepas mereka bercakap di hadapan, saya berikan sedikit komen kepada mereka.
Saya percaya, jika mereka cuba sendiri dan kemudian dikomen, mereka akan lebih mudah ingat dan lebih mudah untuk memajukan diri mereka. Itulah juga caranya saya majukan cara saya bercakap di hadapan khalayak ramai. Saya masih ingat bagaimana beberapa Sifu awal saya dalam bidang training berada di belakang audiens untuk memberikan komen tentang cara saya mempersembahkan sesuatu. Setelah selesai, saya akan dengar komen mereka.
Komen selalunya agak pedas apabila didengar kerana ia mencabar ego yang ada dalam diri kita. Namun komen yang pedas dan bernas itulah yang berjaya merubah cara saya dalam menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan. Selamat menonton klip pendek ini dan jika ada sahabat atau kenalan anda yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada klip pendek ini, hebahkanlah kepada mereka.
:)
tips dan petua untuk bercakap di hadapan khalayak ramai atau tips pengucapan awam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment