FADHILAT SURAH AL-FATIHAH
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Surah ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat.
Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.
Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul dan al-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.
Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, al-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah: “Menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.”
Pendapat yang ketiga ini diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.
Keistimewaan dan fadhilat surah al-Fatihah
Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya:
v Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.
v Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.
v Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.
v Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.
v Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.
v Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”
Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”
**************************************
Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.
1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
· Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
· Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
· Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
· Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
· Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
· Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
· Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
· Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
· Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
· Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran
Sunday, 17 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment