Bagi orang yang beriman, hidup di dunia adalah jambatan dan ujian untuk hidup abadi diakhirat. Tempat destinasi di sana hanya ada dua pilihan. Ia menjadi kesinambungan dengan bagaimana hidup kita di sini.Jika kita hadapi dengan redha dan sentiasa bergantung kepada Allah, InsyaAllah dengan rahmatNya kita selamat. Tidak diberi kesusahan atau masalah malah diselimuti kesenangan dan kemewahan adalah sebenarnya ujian. Jika dengan dengan kesenangan kita lupa padaNya bererti kita juga gagal dalam menempuh ujian ynag diberikanNya.
semoga dteguhkanlah dalam hati kt keyakinan..
keyakinan seperti..
keyakinan Nabi Musa semasa tersungkur di Bukit Tursina..
keyakinan Nabi Ibrahim semasa menyaksikan burung yang dicincang, bersatu dan terbang semula..
keyakinan Nabi Muhammad semasa tersungkur menggigil menyebut iqra’ di Gua HIra’..
keyakinan bahawa..
TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKAN ALLAH
Friday, 22 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment