http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/khasiat-surah-al-waqiah/
Zahisham
Salam
Pengalaman saya beramal dengan Surah Al-Waqiah
Suatu ketika dahulu, saya mengalami masalah kewangan yang agak dasyat. Masalah kerja. Masalah rumahtangga. dan pelbagai masalah yang timbul berpunca dari masalah kewangan.
Sejak saya diperkenalkan dengan surah al-Waqiah ini, dan saya amalkan sehingga hari ini tanpa tinggalkan walau sehari… kini saya telah pun menghafalnya. Seringkali juga saya membaca surah ini ketika solat (sendiri / jadi imam).
Disamping itu, solat Dhuha juga jadikan amalan.
Allah Maha Kaya dan Luas dengan rezekinya. Saya telah menerima limpahan rezeki tanpa batas… Ketika itu saya tiada pekerjaan dalam masa 7 bulan saya tetap mendapat rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Saya memang bersyukur dengan KurniaanNya.
Pernah saya ditegur oleh kawan-kawan agar memperbaiki doa saya kepada ‘Ya Allah Limpahkan rezekiku mengikut kemampuanku’ kerana saya mendapat banyak peluang rezeki sehingga tak mampu menguruskannya… Segala pujian bagi Allah.
...
Zahisham
Salam,
Saya bermula membaca surah al waqiah ini merujuk kepada:
http://scholaris.com/islam/audio/recitation/AL-WAQIAH.htm
Print untuk mudah di bawa ke mana-mana dan sebaiknya hafal. InsyaAllah, niat yang baik dipemudahkan.
Bacaan Surah al Waqiah hebat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=dl3NYZ0d4Kc
Membuat saya terus jatuh cinta dengan surah ini.
Nanti saya bagi tip bagaimana untuk bermula mengamalkan surah ini sebagaimana pengalaman.
===
..
MOHD ZIN HAMID
Salam semua,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dalam mengamalkan surah Al-waqiah. Dari pengalaman saya sejak mengamalkan surah al-waqiah ini saya rasa banyak perkara di permudahkan Allah. Hanya individu yang mengamalkan surah ini dapat merasakan perbezaannya. Allah memberi rezki kepada kita dengan pelbagai cara dan sumber. Kesihatan yang kita nikmati sebagai contohnya adalah rezeki. Kejayaan kepada anak2 kita sebagai contohnya adalah rezeki. Jangan sekali kita menyebut ”alah..dah tak ada rezeki”..jangan disebut!!!. Oleh itu yakini surah ini dan buka perspektif rezeki itu dengan lebih luas lagi. Maksud saya kalau rezeki itu tidak terus kepada kita ianya kepada isteri/suami ibu bapa/anak2 kita. Oleh itu bersyukurlah dan sentiasa bersedekah atas rezeki yang diterima. Mereka yang bersedekah itu adala mereka yang di pilih ALLAH untuk melakukan kebajikan. Juga dinasihati jangan sekali kita merasa takabur dan riya atas rezeki yang di kurniakan.ALhamdullilah syukur kepada ALLAH.##
===
..
on January 26, 2010 at 6:17 pmZahisham
Salam,
Saya disarankan oleh Tn Hj Lokman untuk mengamalkan surah waqiah ini. ( http://www.syifa-alhidayah.com ) *sila baca maklumat peribadi beliau.
Sebenarnya surah ini telah menjadi darah daging saya dan membacanya merupakan hobi. Tak kira di mana saya membacanya. Sudah lebih 5 tahun mengamalkannya.
Malah saya tidak pernah tinggalkan walau seharipun tanpa membacanya. InsyaAllah.
Secara jujur saya katakan rezeki melimpah ruah sehingga hari ini. Setiap jumaat saya bersyukur dapat membantu anak2 yatim secara istiqamah.
Bagi yang baru bermula mengamalkan surah ini:
Mulakan dengan Al-Fatihah hadiahkan pada RasulAllah.
Selawat 11 kali
Baca ayat surah waqiah ini
bermula dari ayat ke 36 sehingga ayat 74
Jika berhajat menghafalnya (sila baca setiap hari dalam tempoh 21 atau 40 hari)
Jika baca 40kali non-stop dalam satu hari shj, insyaAllah dah boleh hafal. Percayalah.
Setelah lancar barulah baca surah ini sepenuhnya.
Allah hanya uji hamba yang disayangi Ujian saya dulu tak kurang hebatnya.
Amalan lain seperti solat Dhuha, puasa sunat dan bersedekah pasti memberi pengalaman luarbiasa.
Tahniah kepada semua. Selamat beramal.
===
..
:)
Friday, 29 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment