Kurikulum Transformasi dan Silabus Baru akan Dilaksanakan pada Tahun 2011
source
Mulai 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperkenalkan "Kurikulum Transformasi" bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang digunakan sekarang.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengeluarkan dokumen tender buku teks pada bulan Januari ini. Ini adalah berita yang sangat menggembirakan syarikat-syarikat penerbit buku teks dan buku-buku bersilabus.
Buku teks yang akan ditenderkan itu adalah buku teks bagi kurikulum dan silabus transformasi yang akan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Kurikulum dan silabus baru itu akan diperkenalkan oleh KPM seperti jadual di bawah:
Tahun 2011: Tahun 1 & Tingkatan 1
Tahun 2012: Tahun 2 & Tingkatan 2 & Tingkatan 4
Ini bermakna para penerbit akan menulis dan mencetak buku-buku teks baru itu pada tahun 2010 ini supaya apabila sekolah dibuka pada tahun 2011, buku-buku sudah dapat dibekalkan kepada semua sekolah.
Nota: PTS bukan sebuah penerbit buku-buku teks.
=================
NOTA : nanti balik Malaysia pada 2011 dah takde KBSR or KBSM
transformasi macam bunyi cerita transformers je..................huhuhu
:)
Tuesday, 5 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment