Saturday 30 January 2010

menjalankan 13 projek penyelidik oleh prof MKI

satu usaha yang saya kagumi dan patut dicontohi oleh ramai prof lain



...



source


http://muhdkamil.net/kehidupan/2010/01/30/hidup-baru/



Prinsipnya mudah, “saya suruh, saya bantu dan kita lakukan sama-sama”.

Pertama, saya derafkan topik penyelidikan, metodologi dan mengusahakan data-data supaya kelihatan mudah untuk diakses. Saya bahagikan kumpulan-kumpulan penyelidikan di kalangan mereka yang telah secara sukarela berjumpa dan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan saya.

Ia berlaku 3-4 bulan sebelum saya menamatkan perkhidmatan sebagai pengarah kampus. Akhirnya, terdapat 21 penyelidik – majoritinya pensyarah baru – yang akan mula bergerak menjalankan 13 projek penyelidik. Kami bertemu dalam satu mesyuarat khas. Saya mulakan dengan bercerita:

1. Ilmu perlu dikongsi. Tiada penumpang dan kesemuanya perlu bekerja atas sifat saling bantu membantu.
2. Ia satu tugas yang menyeronokkan bukan membebankan.
3. Kesemua 13 projek ini akan dibentangkan di konferens peringkat antarabangsa pada awal tahun hadapan.
4. Setiap bulan akan ada pembentangan untuk masyarakat UiTM Johor turut sama belajar tentang apa yang sedang kita lakukan.
5. Pembentangan akan dilakukan pada pukul 12.10 hingga 12.40 tengahari ketika hampir kebanyakan orang tiada kelas. Ia ringkas, tiada ritual, tiada makan-minum. Kita sama-sama memberi idea dan memerhatikan perkembangan penyelidikan tersebut.
6. Saya akan memperuntukan sejam/seminggu untuk setiap kumpulan.
7. Kesemua projek akan disiapkan dalam tempoh enam bulan.
8. Jadikan topik yang sedang kita lakukan sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

Saya seronok. Pertama, kami sudah mempunyai data perakaunan 1998 – 2008 untuk lebih 200 buah firma yang akan digunakan oleh hampir kesemua kumpulan penyelidik dalam kapasiti yang berbeza. Kedua, kami mempunyai laporan kewangan yang lengkap daripada satu sektor yang boleh dijadikan asas penyelidikan untuk beberapa projek.

Allah memudahkan!

No comments: