Tuesday, 5 January 2010
Hidup untuk memberi
apa yang saya dah beri hari ini?
menerima. banyak. teruja bila baca kisah guru yang memberi.
rahsia. banyak rahsia saya belajar dari sini . hari ini, rahsia guru.
rahsia pensyarah????
source
sharing information today, pemberian..... saya...
=====
" Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.
Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. "
Jangan Bersedih. Aidh Bin Abdullah Al Qarni
=====
Setiap bulan juga aku memperuntukkan sedikit jumlah wang untuk memberi. Membelikan insentif hadiah seperti buku. Selalunya, buku, buku,buku dan buku kerana aku mahu menginspirasikan diri mereka dengan amalanmembaca. Sebulan yang lalu, aku hadiahkan seorang sebuah buku yang mendapat 2A dalam subjek Penulisan dan Pemahaman Bahasa Melayu UPSR.
Pada hari itu, aku lihat sorang anak murid aku itu begitu riang dan teruja sampai meloncat-loncat, bibirnya penuh senyuman seolah sudah menang loteri besar. Aku rasa sungguh seronok melihat kegembiraan itu.
Kadangkala, sentiasa sahaja ada rezeki yang ku simpan buat mereka.Katakanlah, jika ada tiba-tiba menangis kerana kehilangan duit RM1, tiada duit untuk dibelanja di kantin. Wang 1RM daripada kocek lebih berharga diberi kepada mereka.
Oh bukan. Aku tidak pula mengatakan aku seorang sahaja yang suka memberi. Kadangkala, aku lihat seorang cikgu di sekolah aku suka belanja cikgu-cikgu lain makan. Mungkin sebulan sekali atau dua kali. Entah alasan apa, kadang-kadang pabila ditanya mengapa mahu belanja
" Sempena anak saya yang sudah pandai berleter pada saya "
" Hari ini saya belanja sempena kereta saya dilanggar akak cina di bandar semalam "
Ada pula yang sanggup membayarkan yuran sekolah anak murid mereka demi mahu menyelesaikan urusan tertangguh. Asyik diminta suruh membayar yuran tetapi hingga ke hujung tahun masih belum datang ke sekolah untuk menjelaskannya. Jadinya, bayar yuran untuk anak murid tanpa diketahui sesiapa. Mungkin, sekarang kalian pembaca sudah tahu rahsia terdapat guru-guru di sekolah yang sanggup membayar yuran anak murid mereka.
Ada juga yang sanggup membayar duit kertas fotostat yang beratus ringgit jumlahnya. Apabila ditanya, " Sedekah je lah, kerana Allah ". Jawabnya.
Mungkin sepanjang kita memberi, kita jarang menerima ucap terima kasih daripada orang yang menerimanya. Mengapa pula kita membantah dan membentak sombong, kita yang hidup ini jarang sekali mengucapkan alhamdulillah kepada Allah ! Sedang Dia yang banyak memberi memberi memberi sehinggakan kita tidak mampu menghitungnya!
Bayangkan seteguk air dapat menyelamatkan diri seorang pelacur kerana memberikannya kepada anjing yang kehausan !
Pernah aku terbaca di suatu buku bahawa ada hadis menyebut menziarahi ibu atau memandang wajah ibu itupun satu amalan sedekah!.
Percayalah, tiada ruginya jika kita memberi. Tetapi pastikan niat memberi itu ikhlas dan tulus untuk Nya. Lagipun, mana milik kita? Tiada satu pun milik kita. Nafas yang kita hirup inipun bukan milik kita, pemberian daripada sang pencipta.
Ayuh teman. Jangan lupa dapatkan majalah Solusi ni ya. Seribu kali lebih baik daripada sejuta majalah hiburan yang ada di pasaran.
===
saya pun teruja untuk baca majalah Solusi....
suatu hari nanti, pasti saya usahakan cari beli dan baca...
azam resolusi saya untuk tahun 2010.
tapi kini saya di perantauan, apakah boleh saya membelinya? bagaimana ya?
tahun bila dapat saya memiliki? bila pulang ke tanahair? rindu padamu oh tanah airKU.
:(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment