Don't takes things easy or simple !!!!!!!!!!!!
is this right for the translation of jangan ambil mudah:
this is for my understanding to berserah to Allah the AlMighty...
========================================================
Apabila kita ambil mudah, kita akan berasa seolah-olah kita berserah tetapi tidak. Ambil mudah bermakna kita hanya menerima KETENTUAN Allah SWT TETAPI TIDAK mengikut KETETAPAN Allah SWT.
Sebagai contoh. Jika kita ditakdirkan kaya, kita dikatakan ambil mudah jika kita hanya menerima ketentuan kaya TETAPI TIDAK mengikut ketetapan kaya. Apakah ketetapan kaya?
Allah SWT menetapkan mereka yang kaya perlu berzakat, banyakkan derma, bantu anak-anak yatim dan mereka yang miskin. Banyak lagi ketetapan yang Allah tetapkan untuk mereka yang kaya.
Begitu juga dengan yang miskin. Kita menerima ketentuan kemiskinan yang Allah berikan tetapi kita perlu mengikut ketetapan Allah SWT. KetetapanNya adalah kita kena keluar daripada kemiskinan kerana kemiskinan mampu membawa kita kepada kekufuran. Islam melarang umatnya miskin. Jika kita tetap miskin, kita juga mesti tetap terus berusaha dengan sabar dan solat.
Sama juga halnya dengan kepandaian. Jika kita ditakdirkan pandai kita mestilah menerimanya disamping mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah ke atas orang yang pandai. Orang yang pandai ditetapkan untuk memberi ilmu kepada orang yang tidak berilmu (zakat ilmu). Orang yang pandai tidak boleh sombong, bongkak, ego, riak, bangga diri dan sebagainya. Inilah ketetapan untuk mereka yang pandai.
Orang yang bodoh juga wajib menerima ketentuan yang dia adalah orang yang bodoh. Dia juga perlu mengikut ketetapan Allah SWT iaitu mestilah menuntut ilmu agar keluar daripada kebodohan.
Jika dia tidak menerima ketentuan dia adalah orang bodoh, dia dikatakan bodoh sombong. Jika dia menerima ketentuan yang dia adalah orang bodoh tetapi tidak mahu mengikut ketetapan Allah SWT, dia akan terus bodoh sehingga bila-bila dan Islam amat melarang keras umatnya menjadi manusia yang bodoh atau jahil. Kerana itu menuntut ilmu itu adalah wajib.
***
Kesimpulan
Berserah itu bersifat aktif kerana sebagai khalifah iaitu wakil Allah SWT, manusia mestilah aktif untuk mentadbir alam ini. Berserah ini menenangkan kerana kita hanya melakukan apa yang terdaya dan segalanya terserah kepada Allah SWT yang Maha Mengkehendaki.
Tarikan atau kehendak Allah SWT adalah kehendak yang Maha Kuat. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah SWT yang mampu melawan tarikan Allah SWT. Jika kita berkehendak berlawanan dengan kehendak Allah SWT, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berdoa pada Allah SWT. Namun keputusan yang hak adalah atas keputusan Allah SWT. Kita menerima sahaja kehendak Allah SWT.
Oleh itu setelah kita katakan kita berserah pada Allah SWT, mengapa kita GELISAH memikirkan keputusan Allah SWT yang bakal terjadi? Serahkan sahaja dan kita tidak perlu lagi memikirkannya. Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Makanya kita lakukan apa sahaja ketetapan yang Allah SWT tetapkan pada kita.
Jalanilah kehidupan ini dengan benar-benar berserah 100%. Komunikasi dengan Allah SWT mampu membuatkan kehendak kita mengikut kehendak Allah SWT (berserah) dan seterusnya menghilangkan rasa gelisah di dalam jiwa.
Semua ini perlu dilatih sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Berlatihlah dengan latihan-latihan yang saya berikan di dalam laman web ini.
=========================================
this is positif thinking as i believe in
positive input will turns out to be positive output:
hmmmm I/O = input & output.............
* Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.
* Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.
* Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN).
* Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan.
* Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” (Al Baqarah 2 : 120).
* GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman. Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“
* Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.
* Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah kesedaran tertinggi.
Saturday, 5 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment