Wednesday 16 September 2009

kalau saya diposisi Prof, saya kahwin lagi satu…

i did not why but i like this entry from prof kamil.

it was there over 3 months already but i just read it today.....


-----------------------------------


Saya bersyukur kerana masih bernafas di ketika ulangtahun perkahwinan saya dan Roza yang ke 20.

Hujung minggu yang baru berlalu, Ajis pemandu saya berkata: “kalau saya diposisi Prof, saya kahwin lagi satu…”.

Entah kenapa, saya agak beremosi. Saya menjawab kenyataan tersebut daripada lubuk hati.

“Ajis, saya dan Roza telah melalui proses kehidupan yang sangat panjang. Kami belajar banyak perkara bersama-sama. Dulu, bila saya tegur yang masakan Roza tidak sedap, beliau mencuka. Kini, beliau boleh gelak-gelak.

Ketika kami belajar di Luar Negara, saya suka berbuka di masjid dan Roza akan berkata, awak tinggalkan isteri dan anak-anak untuk berbuka di masjid. Kini, beliau gembira saya melakukan perkara tersebut.

Kami mengenali Tuhan bersama. Banyak perkara yang tidak pernah kami fahami, menjadi jelas dan nyata. Sesuatu yang kelihatan janggal ketika di peringkat awal perkahwinan, kini menjadi amalan kami. Banyak janji-janji tentang kematian berada di antara kami berdua.

Saya takut dengan “isteri baru”, saya semakin jauh daripada Allah kerana ingin melayani kehendak beliau. Mungkin, saya tidak mempunyai kekuatan tersebut dan tidak mahu mengambil risiko tersebut.

Ajis…. ada banyak perkara yang lebih mustahak daripada berkahwin dua, tiga atau empat”

Biarlah saya ketemu “simata jeli” bersama Roza di Firdaus.


================

ya Allah saya juga berdoa ampunlah saya dan izinkan dan rahmati untuk masuki FirdausMu
ya Allah.......






Ajis…. ada banyak perkara yang lebih mustahak daripada berkahwin dua, tiga atau empat”

Biarlah saya ketemu “simata jeli” bersama Roza di Firdaus.



comments :

I like this!!! Prof, ramai yang apabila menjangkau umur 40-an dan dilimpahi rezeki kewangan dan berpangkat tinggi, mereka akan cuba melangkah lebih jauh!

Betul Prof, lebih baik kita tumpukan kepada amalan di hari esok..

No comments: