i want to be a pilot..
"Macha, kenapa selalu kerja lebih masa?"
"Hendak buat macam mana, anak saya mahukan kapal terbang"
"Kalau kamu kerja sepanjang hayat pun,kamu cuma dapat beli sayap saja."
"Bos kalau saya dapat lebih duit, saya belikan lebih banyak buku untuk anak saya."
Iklan sempena sambutan Deepavali daripada Petronas memberi gambaran positif dunia buku. Satu keluarga India di mana seorang ayah menjadi pendorong kepada anaknya mencapai impian. Ayahnya adalah seorang tukang cuci di sebuah akademi penerbangan. Mengapa saya menulis mengenai iklan ini?
Apabila ayah ini bercita-cita membantu anaknya mencapai cita-cita menjadi seorang juruterbang, beliau menjadikan buku sebagai menunjuk cara bagi memenuhi impian si anak kecil.
Bilakah kali terakhir kita melihat iklan yang menjadikan buku sebagai 'pelakon utama'?
Buku mencerahkan minda dan mewakili realiti melalui baris ayat di dalamnya. Bagi kanak-kanak India yang menerima hadiah buku daripada ayahnya, kanak-kanak ini mendapat seluruh dunia yang tidak dapat dijejakinya melainkan melalui buku.
"Macha, kamu sudah memberinya sayap."
Friday, 18 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment