Monday, 21 September 2009
minda separuh sedar,“Subconcious Mind”.
Minda separa sedar adalah bahagian minda yang bekerja keras untuk diri kita.Ia umpama jin dalam lampu Aladin. Jin yang sedaya upaya akan menunaikan impian tuan punya lampu. Begitu juga dengan minda separa sdar, ia adalah ‘hamba’ kepada kita yang akan bekerja keras untuk menunaikan impian yang dipinta. Minda ini akan terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.Ia memproses dan mencari cara untuk menjadikan impian itu realiti.
Salah satu tips untuk menyedarkan mentol dalam kita iaitu minda separa sedar adalah dengan menulis, Brian Tracy yang merupakan pakar mengenai impian telah mencadangkan penggunaan kad bersaiz 3X5. Tulis matlamat itu dan ulang melihatnya 2 kali sehari.
Cara ini mampu menyedarkan minda separa sedar kita. Selepas mendapat arahan, minda itu akan mula bekerja tanpa henti. Jadi, ayuh! Mari menulis matlamat.
Ada tips lain untuk menyedarkan minda bahagian ini?
dari sini
======
Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.
Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.
Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…
Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!
Masa yang paling baik untuk mengawal minda terpendam adalah semasa dalam keadaan rehat: Fikirkan suatu yang positif ketika makan. Fikirkan sesuatu yang menyeronokkan sebelum tidur. Banyak beristighfar semasa dalam perjalanan.
===========
12% dalam diri manusia dipengaruhi oleh minda sedar dan 88% minda separuh sedar. Minda sedar berkait rapat dengan pengetahuan manusia manakala minda separuh sedar ialah berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan dalam diri manusia. Maksudnya sebahagian besar kelakuan manusia dipengaruhi oleh minda separuh sedar. Ini contoh yang diberi oleh penceramah, Mir HELMINIRY HAD BIN HAJI SABTU dari Perwira Global Consultancy
Contohnya kepada anak-anak. Ketika menidurkan anak kita boleh bercakap ditelinganya perkara-perkara yang baik supaya ianya dapat disimpan didalam memori dan diprogram dalam kehidupannya. Misalnya kita berpesan kepada anak supaya berkelakuan baik, belajar bersungguh-sungguh atau apa saja yang boleh membentuk sahsiah dirinya. Insya Allah cara ini berkesan jika kita melakukannya berulang kali TETAPI perlu diingat kita hendaklah menggunakan perkataan atau ayat yang positif. Ayat atau perkataan yang negatif perlu dielakkan seperti Jangan malas, jangan bergaduh dsb kerana otak tidak dapt mengenalpasti perkataan JANGAN.
Untuk diri sendiri pula, kita perlu bercakap kepada diri kita perkara-perkara yang positif supaya ia dapat menguasai pemikiran dan perlakuan kita. Masa yang paling baik untuk melakukannya adalah semasa dalam keadaan rehat dan ketika diri berada dalam keadaan tenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment