Di samping itu pesakit bolehlah beramal dengan ayat-ayat al-Quran sebab al-Quran ialah "Syifa' bagi manusia." (Al-Israa':82)
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/
http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/11/doa-mohon-kesembuhan-sakit-yang-kronik.html
satu majlis yang dipimpin oleh Syeikh Paiz, adik kepada Dato' Murtadza Bin Ahmad, mantan Mufti Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut Syeikh memberitahu supaya pesakit-pesakit yang mengidap sakit yang kronik seperti barah dan sebagainya, maka hendaklah ia melazimkan membaca surah al-Waqiah, mudah-mudahan ia sembuh dengan izin Allah SWT.
Mari kita lihat hadis-hadis mengenai fadhilat surah al-Waqi'ah:
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Jelas hadis-hadis Nabi mengenai fadhilat surah al-Waqi'ah ini menyentuh tentang mengelak kemiskinan. Jika diteliti dengan lebih lanjut lagi, rupa-rupanya miskin dalam definisi apabila dihuraikan melalui Bahasa Arab ialah miskin kesihatan, miskin wang ringgit, miskin jiwa, miskin ilmu dan sebagainya. Definisi miskin ini begitu subjektif bagi bahasa mereka. Ianya bermaksud kekurangan atau perkara yang tiada pada mereka.
Jadi orang yang sedang sakit juga dikatakan miskin, iaitu miskin sihat - tidak sihat. Maka dengan itu ikutilah saranan para Allamah, lazimkanlah membaca surah al-Waqi'ah dan berdoa dengan tulus ikhlas agar Allah SWT menyembuhkan penderitaan yang kita alami dari penyakit yang kronik tersebut.
Di bawah ini dinyatakan kaedah amalan surah al-Waqi'ah yang saya petik daripada Internet.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Di samping itu disarankan agar pesakit membaca doa mohon kesembuhan daripada penyakit selepas membaca surah al-Waqi'ah tersebut (dipetik dari laman web Darussyifa').
http://www.darussyifa.org/images/Doa35.JPG
Friday, 25 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment