"Malam pertama di alam Syurga".
buku tulisan Abu Zharif Zihan
Ya Allah,
jika izinMu suatu hari saya ingin baca buku ini.
dan harapan saya ingin memiliki buku ini. amin
Allah huma ameen.
http://bahrulilmi.blogspot.com/2010/10/malam-pertama-di-alam-syurga.html
"Malam pertama di alam Syurga".Tajuk besar yang tertera pada sebuah buku berwarna hijau menarik perhatian.Tidak ramai yang akan mengingatkan kita tentang akhirat, tentang syurga, tentang neraka sepanjang kerja harian kita.Justeru buku ibarat pemberi 'inzar' dan 'basyir' yang sangat-sangat diharapkan.Sebak hati, bila tangan mula menggapai buku tulisan Abu Zharif Zihan itu.Tambah pula ada iringan aluanan bacaan al-Quran yang dipasang di ruang legar pameran, menambah pilu mengenangkan batapa jauhnya diri dari Allah.Ampunkan kami Ya Allah...
" (Segala sifat-sifat mulia) ini menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka).Dan sesungguhnya bagi orang-orang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), iaitu beberapa buah syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka, mereka akan bersukaria dalam syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin), mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata) lagi yang sebaya umurnya " { Surah Sod : 45-52 }
====
Tajuk : Malam Pertama Di Alam Syurga
Pengarang : Abu Zharif Zihan
Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5029-33-2
Mukasurat : 251 Halaman
Anas r.a. pernah berkata, " Mahukah kamu sekiranya diberitahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? hari yang pertama adalah hari dimana datang kepada kamu pembawa berita dari Allah. Sama ada membawa keredhaan-Nya atau kemurkaan-Nya ( hari kematian), dan yang kedua pula ialah hari dimana kamu akan berdiri di hadapan Allah untuk di ambil catatan amal kamu, sama ada dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam itu pula adalah malam pertama di dalam kubur dan malam di mana harinya telah dilenyapkan ketika terjadinya Hari Kiamat."
http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/2876/93/islam/umum/kh-malam-pertama-di-alam-syurga.html
=====
http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-451960.html
A. sungai2 di syurga
'sesungguhnya firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjahtnya. di atas firdaus terdapat arasy allah, dan dari situ mengalir sungai2 syurga'
bukhari
mata air syruga ada yg bernama salsabila yg akan diberikan kpd orang2 yg mendekatkan diri kpd allah, sedang para abrar ( org2 yg berbuat baik) maka allah memberi mrk air yg diberi campuran kafur ( air dingin yg baunya wangi) dan zanzabil ( air halia yg segar dan wangi)
'sesungguhnya orang2 yg berbuat kebajikan minum dari gelas yg campurannya adalah air kafur, iaitu mata air ( dlm syurga) yg dpdnya hamba2 allah minum yg mrk dpt mengalirkannay dgn sebaik2nya..
al-insan : 5
===
B. mahligai dan istana syurga
mahligai dan istana syurga terbuat dari emas dan mutiara terbaik yg disediakan bg hamba2nya yg beriman
nabi saw bersabda, sesungguhnya orang beriman disdiakan di syruga istana dari mutaira yg berongga. panjangnya adalah 60 mil, didalamnya terrdapat pelayan2'
===
C. bangunan syurga
banguannya terbuat dari batu bata emas dan perak, adukannya sewangi kasturi yg sgt harum, batunay terbuat dari mutiara lu'lu dan yaquth dan tanahnya terbuat dari za'faran, spt tepung putih yg berbau kasturi. di antara betnuk bangungannya adalah kubah2 indah yg terbuat dari mutiara
rasulullah saw menjanjikan barang siapa solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka allah akan memabngunkan sebuah rumah utknya di syurga'
p/s: bab solat sunat ni pernah di ceritakan olh ust zahazan di radio ikim..jgn ingat solat sunat sahaja yg wajib tinggal...selain dari yg wajib mrk yg rajin solat sunat juga terdapat pintu syurga yg khas utk mrk yg selalu solat sunat...spt juga pintu khas utk mrk yg selalu puasa sunat/ berzikir/berjihad...
dicadangkan solat sunat ni 2 rakaat, sblm subuh, seblm zuhur dn sesudah, seblm asar, slps maghrib dan slp isyak di sudahi dgn witir...bg sape yg tak mampu bangun solat sunat tgh mlm...
wallahualam
===
Rasulullah SAW, mengatakan :" Syurga merindukan empat orang:
Pertama, orang yang senantiasa membaca Al-Qur'an. Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini karena sejak didunia saja mereka sudah diservis oleh Allah dengan ketenangan bathin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.
Kedua, penjaga lidah. Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, dampaknya akan mengakibatkan peperangan antar suami isteri, antar kelompok, bahkan antar dua bangsa. Efek negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo'a.
Ketiga, pemberi makan orang yang kelaparan. Sungguh, Allah Yang Maha berterimakasih (Syakuur) akan membalas sekecil apapun kebaikan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga, Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.
Keempat, Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan. Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat, qiro'at dan ibadah Sosial dengan hanya mengharap ridho Allah.
Bila empat amal ini kita lakukan, nampaknya wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita…Amien
Ustadz Ahmad Jameel
Pastikan kita jadi golongan orang – orang yang dirindukan syurga, InsyaAllah Semoga Allah memanjangkan umur kita dan memberikan kita kesehatan, kemudahan dan dapat memaksimalkan ibadah kita dalam setiap saat . Amin.
===
Tuesday, 1 March 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment