Friday, 18 March 2011

Surah 73, Al Muzzammil, ayat 1-9 ; Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam




dalam Surah 73, Al Muzzammil, ayat 1-9 yang bermaksud:
  1. Wahai orang-orang yang berselimut,
  2. Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa,
  3. (Ia itu) separuh dari wakyu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
  4. Atau pun lebihkan daripadanya, dan bacalah Quran dengan tartil,
  5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada mu wahyu yang berat
  6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya dan lebih tetap betul bacaannya.
  7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya,
  8. Dan sebutlah akan nama Tuhan mu serta tumpukanlah kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan,
  9. Dia lah Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusan mu.

No comments: