Friday, 25 March 2011

surah Al-Faathir:2 : Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya;








Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Faathir:2



cerita orang nak buat phd di ipta msia


http://msaadhamid.blogspot.com/2010/07/ini-semua-phd-punya-pasal.html




Pelik tetapi benar. Betul tuan-tuan, ini bukan cerita dongeng. Ini semua PHD punya pasal. Itulah topik bagi entri saya kali ini. Sekali sekala elok break dulu untuk mendengar, memerhati, dan memahami perkara-perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita - lebih tepat lagi, perkara-perkara pelik yang berlaku dalam lingkungan masyarakat Melayu yang so called terpelajar.

Ceritanya begini ...

Ada seorang pensyarah di salah sebuah IPTA datang mengadu hal kepada saya mengatakan bahawa dia telah disekat atau dihalang dari melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun atas pembiayaan sendiri. Hal ini berlaku kerana bosnya belum mempunyai gelaran Dr. di hadapan namanya walaupun telah lama menjadi pensyarah di IPTA tersebut. Dari cerita kawan-kawan, terdapat segelintir pensyarah senior di IPTA tersebut tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD sebab berada dalam 'Comfort Zone'. Tetapi yang ironinya, jika ada pensyarah junior hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, akan disekat pulak. Tidak cukup dengan itu, mereka dipandang serong dan macam-macam benda pelik dilakukan kepada orang yang hendak buat PhD tadi semata-mata untuk memastikan dia tidak berpeluang meneruskan cita-citanya. Hatta untuk mengambil cuti tahunan untuk bertemu penyelia pun tidak diluluskan.

So, ini semua PHD punya pasal. Penyakit Hasad Degki. Kepada yang berkenaan, hentikanlah PHD anda tu sebelum orang yang teraniaya bangun tiap-tiap malam, melakukan solat hajat, membaca Yasin memohon kehancuran anda. Ingatlah, tidak ada hijab doa orang yang anda aniaya dengan Allah SWT. Ingatlah, sekarang bulan Sya'ban dan tidak lama lagi Ramadhan. Motivasi untuk bangun waktu dinihari melakukan tahajjud dan solat hajat di bulan Ramadhan sangat tinggi sebab semua orang Islam kena bangun juga untuk makan sahur. Ingatlah, walau setinggi mana jawatan dan pangkat yang kita pegang, kita ini hanyalah HAMBA. Kita tidak akan dapat mengurang atau menambah nikmat yang Allah SWT berikan kepada seseorang. Janganlah kita campuri urasan Allah dalam segala hal. Perhatikan dan hayati makna ayat al-Quran berikut:


Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Faathir:2

Akhir sekali saya berseru, takutilah Allah SWT kerana DIA Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang ada dalam dada.

Ya Allah, selamatkanlah orang-orang yang dizalimi, dan berilah hidayah kepada orang-orang yang zalim agar mereka kembali ke jalan yang benar. Amin.

Wasalam.

No comments: