Tuesday, 22 March 2011
man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada
bahasa arab
man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada
source
http://muhdkamil.org/blog/2011/03/16/dari-mana/
perkataan Arab ini – man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada – ketika saya dijemput ke program beliau. Hari ini saya mencari maknanya, “sesiapa yang berusaha pasti berjaya, sesiapa yang menanam pasti menuai hasilnya”
Patutlah…. itulah yang dimaksudkan kepada saya ketika menceritakan usaha sungguh-sungguh mempelajari al-quran.
===
InsyaAllah, man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada :)
===
more on this arab prashe prasa phrase huhuuhuhuhu
from http://puteriain91.blogspot.com/2010/08/rezeki-itu-milik-allah.html
Sebagai contoh, kita mahukan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak belajar dengan tekun. Boleh ke kita dapat keputusan yang cemerlang? Man jadda wajada, waman zaroa' hasoda. Sesiapa yang berusaha dia akan dapat, dan sesiapa yang menanam dia akan dapat menuai hasilnya.
Tetapi, dalam nak berusaha mendapatkan rezeki, kita hendaklah menggunakan ikhtiar yang benar-benar mengikut cara Islam supaya rezeki yang kita dapat itu berkat. Jangan sesekali putus harapan dalam meminta rahmat daripada Allah kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Mintalah apa sahaja, Allah pasti akan tunaikan. Yang penting kenalah bersabar, rezeki itu akan kita dapat, tidak kira samada lambat atau cepat, di dunia ataupun di akhirat. InsyaAllah.
Yakinlah dengan segala janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya. Wallahu A'lam
another interesting
Berusaha dengan bersungguh-sungguh, tanpa berputus asa, kerana setiap kejayaan itu tidak datang bergolek. Sepertimana Pepatah Arab: "Man Jadda Wajada, Wa Man Zaroa' Hasoda.." bermaksud; Barang siapa yang bersungguh, dia pasti berjaya dan barang siapa yang bercucuk tanam dia pasti menuai.."
Bertepatan dengan Firman Allah SWT:-
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” [Ar-Ra'd, 13:11]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment