Friday, 18 March 2011

Surah 73, Al Muzzammil, ayat 1-9 ; Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam




dalam Surah 73, Al Muzzammil, ayat 1-9 yang bermaksud:
  1. Wahai orang-orang yang berselimut,
  2. Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa,
  3. (Ia itu) separuh dari wakyu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
  4. Atau pun lebihkan daripadanya, dan bacalah Quran dengan tartil,
  5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepada mu wahyu yang berat
  6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya dan lebih tetap betul bacaannya.
  7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya,
  8. Dan sebutlah akan nama Tuhan mu serta tumpukanlah kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan,
  9. Dia lah Tuhan Timur dan Barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusan mu.

Begitu penting Solat Malam hinggakan ia disebut terus di dalam alQuran. Tiada solat sunat yang lain yang disebut sedemikian rupa.



dalam sejarah Islam Ustaz pernah menceritakan betapa solat malam (Tahajjud) menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tinggi darjat imannya. Khalifah ArRashidun, Saidina Umar Al Khattab akan meronda di khemah-khemah tenteranya pada sebahagian malam ketika waktu perang untuk meninjau siapa diantara tenteranya yang rajin solat malam. Mereka ini akan dipilih untuk ditempatkan di barisan hadapan semasa mara melawan musuh. Mereka ini diyakini tentera yang terbaik kerana maqam pengabdiannya terpuji. Maka yang tidak terpilih akan iri hati dan cuba mencontohi mereka yang terpilih. Mati syahid adalah satu impian kurniaan Allah swt. Semoga kita juga berpeluang mati syahid. Dalam alQuran disebut semoga mati sebagai Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Ameen.


source

No comments: