Friday, 18 March 2011

orang yang berjaya = org yg beriman



saya suka sangat formula ini from source




Penjelasan Orang Yang Berjaya

Siapakah orang yang berjaya?
Orang yang khusyuk (Berjayalah orang yang khusyuk)

Siapa orang yang khusyuk?
Orang yang mudah sabar dan solat. (Sesungguhnya sabar dan solat itu amat berat kecuali orang yang khusyuk)

Siapa orang yang sabar dan solat?
Orang yang menerima kehendak Allah SWT dan sentiasa kembali dan ‘bertemu’ dengan Allah. (Iaitu orang yang yakin bertemu dan kembali kepada Allah SWT)

Siapa orang yang sentiasa kembali dan ‘bertemu’ dengan Allah?
Orang yang SEDAR dirinya tidak ada apa-apa melainkan apa yang didayakan oleh Allah. (lahaula wala quwwata illa billah)

Siapakah orang SEDAR?
Orang yang beriman.

Siapakah orang yang beriman?
Orang yang percaya dan yakin bukan sekadar apa yang Allah kehendaki tetapi yakin terus pada Allah SWT ‘sendiri’.

Kesimpulan:
Yakin -> Beriman (6 rukun iman) -> Sedar (Ihsan) -> Sentiasa kembali & ‘bertemu’ (latihan: rukun islam) -> sabar & solat -> khusyuk -> Berjaya

Orang yang berjaya pasti akan -> mampu membeza jalan baik dan jalan buruk + memahami kehendak Allah + menjadi wakil Allah yang cemerlang + hubungan baik sesama makhluk dan alam + mudah berbuat baik + cemerlang dalam kehidupan + diampuni dosa + di murahkan rezeki + diberikan hidayah + disihatkan tubuh badan + diangkat darjat + dirahmati Allah + disenang sahabat..etc..etc

Bukan dunia ini dimiliki dahulu… baru dikatakan berjaya.

SEHARUSNYA BERJAYA (Beriman) TERLEBIH DAHULU… BARULAH YANG LAIN AKAN MENYUSUL (DIMILIKI). Kesenangan, kebahagiaan, cukup keperluan, kasih sayang dirasai, lapang dada dan fikiran…..etc etc.

Inilah yang dikatakan HIDUP BERTUHAN. Hidup orang yang berjaya.

LALU AKHIRNYA… pastilah akan senang juga di akhirat.

*berjaya dalam makna sebenar yang diberikan oleh Allah SWT. Bukan kejayaan pada perspektif manusia yang lebih kepada keduniaan.

Pandangan Manusia: Dapat (memiliki) dahulu baru berjaya
Allah berfirman: Berjaya dahulu baru dapat (memiliki)

***

[SAMBUNGAN]

Mudah-mudahan kita mula memahami iaitu…

Apa pun yang kita lakukan.. tujuan kita adalah kerana Allah. Lalu segalanya merupakah ibadah kepada Allah. Inilah tujuan Allah jadikan kita… beribadah.. memakmurkan alam ini.

Di dalam memakmurkan alam ini, kita perlu sedar Allah. Bergantung kepadaNya 100% total. Inilah yang dikatakan sebuah kejayaan.

Setelah ini.. pasti Allah cukupkan segala keperluan dan kelengkapan kita sebagai wakilNya yang mempunyai tugas masing-masing.

Ada yang diwakilkan sebagai guru, doktor, pensyarah, penoreh getah, tukang sapu, usahawan, peniaga dan pelbagai lagi.

Semua kelengkapan dan keperluan diberikan sesuai dengan apakah tugas yang diwakilkan.

Memahami semua ini… pasti tidak lagi dengki mendengki tentang rezeki. Pasti redha dengan rezeki. Pasti cukup dengan rezekiKERANA ALLAH ITU MEMBERI SESUAI DENGAN TUGAS KITA SEBAGAI WAKILNYA.

Kemudian lagi… memahami tentang kejayaan ini… pasti yang kita utamakan adalah Allah. Yang lain pasti akan menyusul mengikut janji Allah. BERIMAN DAHULU… BERJAYA DAHULU.. BARU MEMILIKI. Bukan memiliki dahulu.. baru dikatakan berjaya.

Dan mereka yang memiliki namun tidak beriman.. mereka BUKANLAH ORANG YANG BERJAYA DI SISI ALLAH.

Nah! sekarang ini… pilih yang mana? Berjaya seperti yang ‘dikatakan’ oleh Allah atau berjaya yang dikatakan oleh manusia? Sila pilih sendiri jalannya kerana Allah SWT itu memberi kebebasan kepada kita…

MAHU BERIMAN … MAHUKAN KEJAYAAN… ATAU TIDAK?

DAN kedua-dua pilihan ini ada ganjarannya samada baik atau tidak. Sendiri pasti sudah sedia tahu ganjaran baik dan buruk ini.

TERSERAH!!!

Sederhana.


source


http://www.fuadlatip.com/v1/2011/03/orang-yang-berjaya/

No comments: