Thursday, 17 March 2011

seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang sedang terbuka.







Dipetik dari kitab asal تَنظِيمُ الأشتات dlm bahasa arab karangan
kumpulan pelajar puteri Jameea'h Maryam Siddiqah dan Jameea'h Fatimatuz
Zahra',Raiwind. Dan diterbitkan oleh Mufti Khalel Ahmad , Raiwind
,Pakistan.


===

Diantara kelebihan-
kelebihan solat tahajjud:



  • Solat yang paling
    afdhol selepas
    solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit
    yang dapat melakukannya



  • Hadith :Jibril a.s.
    telah datang
    kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah
    selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
    yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan
    lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan
    kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
    ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."



  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't
    solat tahajjud
    itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya
    aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".



  • Solat tahajjud
    merupakan petanda
    orang-orang soleh.



  • Solat tahajjud juga
    merupakan
    penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan
    perbuatan keji dan mungkar.



  • Dengannya dapat
    memadamkan dosa-dosa.



  • Dapat menyihatkan badan



  • Dan pada bahagian 1/3
    akhir malam
    Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat
    orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang
    yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon
    perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."



  • Tidak ada pemberian
    Allah yang lebih
    utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't
    solat tahajjud.



  • Waktu tahajjud adalah
    waktu untuk
    meminta kepada Allah s.w.t



  • Waktu tahajjud adalah
    waktu yang
    teristemewa untuk penerimaan doa.



  • Juga ia merupakan
    waktu yang mana
    seluruh pintu-pintu raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala
    raja yang sedang terbuka.


===

  • Abu Hurairah ra.hu meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w pernah bersabda: “Syaitan mengikat3 ikatan di tengkuk orang yang tidur .Setiap ikatan ia akan berkata “Tidurlah ,malam masih panjang, maka bila ia bangun lalu dia mengingati Allah maka terputuslah 1 ikatan, bila dia mengambil wudhu’ terputus 1 ikatan yang lain, lalu bila dia solat terputuslah seluruh ikatannya. Maka dia berpagi dalam keadaan cergas dan jiwa yng baik, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jiwa yang buruk dan malas. (Riwayat Imam Bukhory,Muslim, Abu Daud , Tirmizi, Nasa’ie,dan ibnu Majah)

  • Abu Hurairah ra.hu meriwayatkan RasuluLlah s.a.w bersabda ; “Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah ; bulan Muharam dan solat yang paling utama selepas solat-solat fardhu ialah solat pada malam. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud , Tirmizi, Nasa’ie, dan Ibnu Khuzaimah didalam kitab sohihnya.)

  • Abu Malik Al Asya’ri r.ahu meriwayatkan RasuluLlah s.a.w bersabda ;” Sesungguhnya didalam syurga ada kamar - kamar yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan dalamnya dapat dilihat dari luar yang Allah sediakan buat orang yang memberi makan dan menyebarkan salam dan solat malam ketika manusia yang lain tidur.(Riwayat Ibnu Hibban)

Dari A’thar para sahabat r.ahum:

  • Abu U’baidah berkata , Hadrat Abdullah r.a telah berkata,;” Didalam kitab Taurat telah tertulis “Sesungguhnya Allah telah menyediakan khusus buat mereka yang meninggalkan tempat tidur (kerana solat malam) ,apa yang mata tidak pernah melihat , telinga tidak pernah mendengar , tidak terlintas dihati seorang manusia , malaikat yang hampir , Nabi yang pernah diutuskan.Beliau berkata lagi;” Kita menyebutkanya dalam ayat (maka satu jiwa pun tidak mengetahui apa yang disorokkan untuk mereka dari sesuatu yang menyenangkan mata). (Riwayat Imam Hakim)
  • Abdullah bin Abi Qubais berkata Hadrat A’iesyah r.aha telah berkata; “Janganlah kamu meninggalkan solat malam, kerana RasuluLlah s.a.w tidak pernah meninggalkannya, dan sekiranya baginda sakit atau letih baginda bersolat malam dalam keadaan duduk. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah didalam kitab sohihnya.)

No comments: