Monday, 27 June 2011

Bagi Allah SWT, apa jua yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita.

Aku tidak sesekali bertanya tentang qada’ & qadar yang aku sendiri tidak berkuasa ke atasnya. Aku hanya menjalankan hidupku mengikut daya kemanusianku yang dikurniakan Allah. Apa pun ketentuan Allah, aku sangat yakin ia sentiasa yg terbaik. Aku tidak akan melepaskan kesedaranku kepadaNya walau sesaat pun kerana aku sentiasa memerlukan petunjuk dan kekuatan kurniaanNya. “Ya Allah aku mohon petunjuk dan kekuatan ya Allah.” – Fuad Latip


source


http://www.fuadlatip.com/v1/2011/06/pilihan-sendiri-atau-ketetapan-allah/

Saudara,
Bagi Allah SWT, apa jua yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah menjelaskan sejelas-jelas dalam Al-Quran bahawa selagi kita berpegang pada Allah, beriman kepadaNya dengan benar pasti ditunjukkan kita jalan yang baik.

Dengan keyakinan ini, kita ini teruskan sahaja kehidupan kita ini dengan memastikan bahawa kita tetap berpegang pada tali Allah SWT. Apa pun yang menjadi takdir kita, samada pada penilaian kita ianya tidak baik, namun sebenarnya itulah terbaik di sisi Allah untuk kita.

Kita tidak tahu apakah sebenarnya rancangan Allah untuk kebaikan diri kita. Walaupun bagi kita sesuatu yang menimpa kita itu merupakan satu musibah atau bala atau apa jua pun (mengikut penilaian kita), namun selagi kita bergantung pada Allah SWT 100%, yakinlah bahawa semua itu adalah proses dalam hidup kita yang perlu kita lalui dan di sana ada kebaikan untuk kita.

Saudara,
Dengan memahami hal ini, kita tidak perlu bertanya-tanya yang mana satu pilihan yang terbaik sebelum melakukan kerana ia akan terus membingungkan kita.

Yang utama kita tanya dan memohon izin daripada Allah sebelum memilih dan melakukan sesuatu. Namun jawapan Allah bukan berbentuk seperti jawapan manusia.

Jawapan Allah itu berbentuk tuntunan sehinggakan kita tidak berasa bahawa gerakan kita, usaha kita dan pilihan kita itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.

Kita berasa semua yang kita lakukan adalah pilihan dan usaha kita sedangkan hakikatnya Allah jualah yang menggerakkan semuanya.

No comments: