cara mereka istighfar
===
1.Istighfar banyak-banyak, sambil mengenang dosa-dosa dengan Allah dan dengan manusia...Astaghfirullahal'azhiim, wa atubuilaih (ni kalimah istighfar yang paling pendek) sebab Nabi saw yang dijamin Allah masuk syurga pun istighfar juga. Dari riwayat hadis..jumlah sehari-hari Nabi beristighfar 70x@100x....takkan kita umatnya 100x juga kut! Dalam bab duit mesti nak yang terbanyak, kan? Jadi jika mampu 1000x. Jika mampu buat yang lebih panjang (yang biasa kita dengar di mana-mana)...saya pun sesekali terlebih sibuk urusan dunia, badan letih kerana nafsu...terkurang juga sekali-sekala...tapi bangun semula...azam lagi 1000x tiap-tiap hari. Yang baiknya nak cepat lagi 5000x lagi power....tapi penuh kefahaman...kena iring solat sunat taubat dan mandi taubat...
2. Solawat ke atas Nabi saw...Allah dan para malaikatNya bersolawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman bersolawatlah ke atas Nabi...Allah yang berfirman...macam kat atas juga bilangannya....pilihlah mana-mana solawat yang disukai..bila dah amal solawat, maka kena buat amalan sunnah yang termampu sebagai contoh..jangan kencing berdiri...jangan mandi koboi ya..
3. Hauqalah (lahaulawala...azhiim)...serahkan semuanya kepadaNya....bilangannya lebih kurang macam atas...tapi saya amal 100 aje...kalimah ni jadi pohon dlam syurga
4. Tadarus Quran jangan lupa sebab inilah kalamNya.....jika mampu fahami maksudnya sedalam-dalamnya...
5. Usahakan agar senantiasa dalam berwuduk.....Nabi dengar sepatu Bilal dalam syurga..
6. Lain-lain zikir seperti Allah, la ilaha illallah terpulanglah...sefaham saya zikir tahlil tu, siapa yang buat stok 70000x menjadi tebusannya dari api neraka...nak jadi ketua dalam majlis-majlis tahlil pun elok ada stok 70000x, insya Allah baru sampai untuk orang lain...Sendiri miskin, macamana nak beri kat orang, kan? Lebih baik lagi dalami Ilmu Allah ni dan lailaha illallah muhammadarasulullah ni lebih dalam supaya dapat kefahaman yang lebih dalam..
7. Solat sunat yang muakkad iringi selalu sebelum@&selepas solat fardhu...jangan lupe, solat witir sebagai penutup amaln hari tersebut....
8. Buat segala kebajikan (semuanya) kerana Allah bukan kerana guru, bukan kerana nak syurga, bukan nak pahala dan bidadari dan bukan dan bukan....semata-mata cinta, rindu dan syukur...bukti cinta solat tahajud jam 3 ke 3.30 pagi...sedang orang nyenyak tidur..zzzzzzzzzzzzzz, bukti cinta, laksanakan juga solat sunat yang tak muakkad - dhuha, tasbih, sunat wuduk, hajat, istikharah dan seumpamanya...adakala saya pun tak mampu...Ya Allah, aku banyak dosa......ampunilah aku....
9. Cari ilmu untuk dapat kefahaman yang dalam akan sesuatu perkara (Ya Allah anugerahlah kami ilmu dan kefahaman, amin)..
Nota: Canggih juga tu zikir Allah, Allah sebanyak-banyaknya..hebat zikir ni (setahu saya zikir ni salah satu zikir Rabi'atul Adawiyah pencinta Allah, seorang wali Allah perempuan yang hebat dan canggih, tapi ujiannya teramat besar. Saya akui belum mampu...Urusan dunia banyak bro....
Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim....Ya Allah bimbinglah kami untuk sentiasa mentaatiMu, mencintaiMu..
...
Monday, 6 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment