Monday, 6 June 2011

‘istighfar kabir’ : penghulu istighfar






Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin






Saya berazam untuk khatamkan Al-Quran 2 kali ramadhan ini, serta sekali dengan bertadarus bersama isteri. Kemudiannya, setiap kali selesai tadarus, kami akan cuba berbincang bersama-sama ‘juz yang kita baca tadi, agaknya apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita?

Memang jumlah khatam itu sangat kurang jumlahnya dibandingkan dengan ‘hobi’ Imam Syafie sewaktu ramadhan iaitu khatam 2 kali sehari. Tetapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya, itu lebih baik dari langsung tiada bukan?

3. Saya akan memperbanyakkan ‘istighfar kabir’ setiap hari. Kalau tak dapat mencontohi nabi yang beristighfar sekurangnya 70 kali sehari, dapat separuh dari jumlah itu pun dikira kejayaan besar bagi saya. Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah istighfar kabir, Tanya sahaja kepada Prof Google : penghulu istighfar. InsyaAllah, ada beribu jawapannya.





source


http://www.asraffayob.com/love-the-live-u-live/azam-ramadhan-it%E2%80%99s-time-to-reset/

No comments: