Monday, 6 June 2011

kelebihan-kelebihan berzikir

Antara amalan yang kita boleh buat ialah dengan berzikir selain daripada ibadat wajib yang lain. Tak kisahlah jalan apa yang kita bawa kerana zikir ini mempunyai banyak cabangnya. Ia ada zikir syariat, tarikat, hakikat, makrifat, zikir nafas dan sebagainya. Yang penting amalan kita ikhlas dan tidak terpesong menyekutukan Allah swt.

Banyak disebut di dalam Al-Quran mahupun dari Hadis Rasullullah saw berkaitan zikir ini antaranya:

Surah al-Baqarah, ayat 152 bermaksud: “Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmatku)”

Surah al-Anfaal, ayat 45 turut membawa maksud : “Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan”

Allah swt juga pernah berfirman: “Barangsiapa yang sibuk berzikir kepada-Ku sehingga tidak ada kesempatan untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku mengurniakan kepadanya sesuatu yang lebih daripada orang-orang yang berdoa kepada-Ku”

Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barangsiapa berselawat ke atasku seratus kali, nescaya ditunaikannya seratus hajat, tiga puluh di dunia dan selebihnya untuk diakhirat”

Pada pandangan aku, amalan berzikir merupakan satu subsidi bagi menampung kekurangan ibadat kita yang lain seperti kekurangan dalam ibadat solat. Sememangnya kita selaku manusia banyak kelemahannya bermula selepas 40 hari kelahiran kita di dunia ini. Selepas 40 hari kelahiran kita di dunia secara automatiknya kita menjadi Jahil, Ingkar, Maksiat dan Durhaka kepada Allah swt.

Setiap satu dosa yang kita buat maka akan ada satu hijab (penghalang) antara hambanya dengan Allah swt. Salah satu cara bagi menghilangkan hijab-hijab ini ialah dengan amalan zikir yang istiqamah. Pernah tak kita terfikir kenapa dan mengapa doa-doa kita tidak dimakbulkan? Ia adalah disebabkan hijab yang menjadi batu penghalang antara kita dengan Sang Pencipta. Fikir-fikirkanlah.

Mengikut pengalaman aku, berikut merupakan kelebihan-kelebihan berzikir iaitu:

  1. Mata Hati (Qalbi) Yang Tajam (Makrifat Allah)
  2. Berbaik Sangka Kepada Allah dan Sesama Manusia
  3. Wajah Putih Berseri dan Awet Muda
  4. Memelihara Dari Perkara Was-Was Syaitan
  5. Membentengkan Diri Dari Maksiat
  6. Melepaskan Dari Penyesalan
  7. Murah Rezeki
  8. Ehsan
  9. Mendapat Kedudukan Yang Istimewa Disisi Allah swt dan bermacam-macam lagi.

===

Kesan Istighfar






Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

No comments: