Thursday, 9 June 2011

kenapa berat solat tahajud ?

kenapa berat solat tahajud ?


kenapa ye?sebab byk dosa so ? byk bertaubat



Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah, KERANA DOSA DALAM JIWA. Lihatlah Surah al-Mutaffifin ayat 14 di bawah ini.



14.
كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. Ayat al-Mutaffian)








Maka sahabat dan saudara, jika kita malas atau berat, Apakah perkara yang sepatutnya kita buat.

Untuk mencuci kekotoran zahir, kita perlu membersihkan diri, namun untuk mencuci kekotoran batin, kita perlu bertaubat seikhlas-ikhlasnya, taubat Nasuha kepada Allah swt. Selagi kita merasakan solat fardhu berjemaah di masjid itu masih berat, solat berjemaah di masjid tidak dapat ditunaikan selalu, solat tahajjud pula masih belum dapat di laksanakan, maka percayalah bahawa taubat anda masih belum lagi diterima, maka anda hendaklah membersihkannya lagi dengan taubat yang lebih bersungguh-sungguh. Semoga dengan taubat yang bersungguh-sungguh itu, anda akan mudah bersolat berjemaah di masjid dan mudah solat tahajjud. Amin.

No comments: