Monday, 27 June 2011

IA BUKAN KERJA KITA UNTUK MENENTUKAN kerana kita tidak terdaya apa-apa pun.

nice info from fuad latip

http://www.fuadlatip.com/v1/2011/06/kekeliruan-dengan-keikhlasan-2/




Dalam berbual dengan seorang ustaz, beliau berkata, “Kita ini suka sangat mengambil kerja Allah.”
“Maksud ustaz”, saya inginkan pencerahan.
“Kita ini cepat menuduh orang tidak ikhlas melakukan kerja sedangkan ia urusan Allah memastikan benar atau tidak ikhlasnya seseorang. Kita ini tidak tentu faham lagi apa itu ikhlas kerana ikhlas kita mengikut persepsi kita sendiri.”, jelas ustaz.
Saya senyum membenarkan dlm hati.

Bagaimana seseorang itu dikatakan ikhlas?
Bagaimana kita tahu seseorang itu melakukan kerja kerana Allah atau tidak?
Apakah ukuran kita atas keikhlasan seseorang?

Adakah kerja dengan percuma itu ikhlas?
Adakah kerja berbayar tidak ikhlas?
Adakah melakukan kerja secara senyap-senyap itu ikhlas?
Adakah memberitahu orang kerja kita itu tidak ikhlas?

InshaAllah. Sebenarnya ramai yang faham. Ramai yang sedia tahu. Saya meyakininya.

Persoalan itu adalah sebuah peringatan kepada kita yang selalu membuat PERSEPSI pada orang tentang keikhlasan. Kita tahu ikhlas adalah sebuah kerja hati berdasarkan niat kita ke atas apa jua perbuatan zahir yang kita lakukan.

Apa jua alasan dari suasana yang tergambar kepada seseorang pun belum boleh kita katakan seseorang ikhlas atau tidak kerana kita tidak akan tahu. Atau kita kata kita boleh juga tahu sikit-sikit PUN sebenarnya kita tidak tahu. Semua itu persepsi kita jua akhirnya.

Lalu yang utama, BIARLAH KITA INI YANG IKHLAS MENERIMA apa jua kebaikan yang dilakukan oleh orang lain kerana ini yang mampu kita lakukan.

Seandainya ada orang lain yang melakukan sebuah kebaikan, kita ikhlas menerima bahawa seseorang itu melakukan kebaikan dengan tidak memberikan apa-apa persepsi walaupun apa yang dilakukan oleh orang itu ikhlas atau tidak kerana kita tidak tahu. Yang pasti kerja yang dilakukan kerja yang baik.

Biarlah samada kerja itu untuk kita atau bukan untuk kita (untuk seluruh masyarakat)… yang utama kerja yang orang itu lakukan adalah untuk kebaikan. Soal dia ikhlas atau tidak… kita tidak mampu membuat pernilaian apa-apa.

Ikhlaskah dia? Banyak mana ikhlasnya dia? Atau tidak ikhlas? IA BUKAN KERJA KITA UNTUK MENENTUKAN kerana kita tidak terdaya apa-apa pun.

No comments: