Tuesday, 7 June 2011

Cara Memotong Kuku Menurut Islam



Cara Memotong Kuku Menurut Islam



Memotong kuku adalah amalan sunat. Pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat memotong kuku. Adalah harus dipotong kuku pada bila-bila masa sahaja. Walaubagaimanapun janganlah membiarkan kuku tidak dipotong sehingga melebihi 40 hari.

Berikut adalah cara memotong kuku yang betul. Walaupun tiada hadis sahih berkenaan hal ini namun, perlu juga kita tahu bagaimana cara yang betul untuk kita memotong kuku menurut Islam.

Mulai memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan daripada jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

Memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku di tempat yang tidak kotor.
Eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

No comments: