Monday, 6 June 2011

memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)








Istighfar
Album : Kompilasi Terbaik - Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com


Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)

Wahai Tuhan daku bermohon
keampunan dan kemaafan
tambahkan padaku ilmu yang berguna
terimalah amalanku
dan perkenankan taubat hambaMu

Robbiy Zidniy 'ilman Naafi'aa
Wawaffiqlii 'amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasi'aa
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha
Watub 'alayya Taubatan Nashuuha

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya (2x)








Buktikan Cinta Kepada Allah Dengan Istighfar Dan Taubat
Oleh
Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauzi

Disusun oleh al-Quraisy

Firman Allah di dalam surah Fusshilat ayat 31 yang bermaksud, "Kamilah penolong kamu dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan kamu akan beroleh apa yang kamu inginkan, serta kamu akan dapat apa yang kamu minta.”

Tanda-tanda orang yang mencintai Allah taala ialah, lidahnya sentiasa basah dengan istighfar dan taubat. Kalimah istighfar dan taubat yang kerap diucapkan ialah, “Astaghfiruka wa atubu ilaika,” yang bermaksud, “Aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.” Istighfar dan taubat adalah amalan harian para nabi dan rasul, ianya juga merupakan antara sebab terpenting dirurunkan rezeki. Oleh itu istighfar dan taubat hendaklah dijadikan amalan harian kerana ianya bakal menambah kekuatan iman, di samping iman yang sedia ada.

Sebahagian orang menyangka bahawa istighfar dan taubat cukup dengan hanya mengucapkan kata-kata lisan semata-mata. Sehingga ramai yang beristighfar dan bertaubat, tetapi tabiat mereka masih lagi kekal dengan tabiat lama. Mereka menyebut, “Aku memohon keampunan-Mu ya Allah dan bertaubat kepada-Mu,” tetapi kalimah ini tidak membekas sedikit pun di dalam hatinya, juga tidak memberi pengaruh pada perbuatan anggota badan. Sesungguhnya, istighfar dan taubat jenis ini adalah perbuatan orang yang berdusta.

Para alim telah menjelaskan hakikat istighfar dan taubat;

1. Imam al-Raghib al-Asfahani r.h. menerangkan, “Dalam istilah syarak, taubat adalah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang boleh diulangi (diganti). Jika kempat-empat ini telah dipenuhi, bererti syarat taubatnya telah sempurna.”

2. Imam Nawawi r.h. menghuraikan, “Ulamak menyebutkan bahawa bertaubat daripada setiap dosa adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tiada kaitannya dengan manusia, maka syaratnya ada tiga. Pertama, hendaklah dia menjauhi maksiat tersebut. Kedua, harus menyesali dosanya. Ketiga, harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya kembali. Jika salah satu syarat ini gugur, maka taubatnya tidak sah. Ada pun jika taubatnya itu berkaitan dengan manusia, maka syaratnya ada empat. Yakni ketiga-tiga syarat yang sudah tersebut di atas dan ditambah dengan yang keempat pula, iaitu hendaklah dia memenuhi hak-hak manusia itu. Jika berbentuk harta benda atau seumpamanya, maka harus mengembalikannya. Jika berupa tuduhan atau seumpamanya, maka haruslah memberinya kesempatan untuk membalasnya atau meminta maaf kepadanya. Adapun sekiranya berupa ghibah, maka harus meminta maaf. "

Adapun istighfar, sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Raghib r.h., “Meminta keampunan dengan ucapan dan perbuatan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Nuh ayat 10, “Mohonlah keampunan daripada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.” Tidaklah bererti bahawa mereka diperintahkan meminta ampun hanya dengan lisan dan perbuatan, kerana sesungguhnya memohon keampunan (istighfar) hanya dengan lisan semata-mata tanpa disertai perbuatan, adalah perbuatan para pendusta.”

Di antara kesan dan tanda orang yang beristighfar dan bertaubat ialah bertambah sifat takwanya kepada Allah taala, dan timbulnya rasa cinta kepada-Nya. Takwa juga merupakan salah satu sifat orang mukmin, yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t.. Ulamak telah menjelaskan dengan terperinci tentang pengertian takwa. Huraian mereka cukup bernas dan sewajarnya dijadikan pedoman. Antaranya, Imam al-Raghib r.h. mengatakan, “Takwa itu menjaga jiwa daripada perbuatan yang membuatkannya berdosa dan ianya dengan meninggalkan apa yang dilarang.”

Imam Nawawi pula mengertikan takwa dengan, “Mentaati perintah dan larangan-Nya,” bermaksud, menjaga diri daripada kemurkaan dan azab Allah taala. Imam Jurjani r.h. berkata, “Takwa iaitu menjaga diri dari pekerjaan yang mengakibatkannya diseksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.”

Oleh itu, sesiapa sahaja yang tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa, bererti dia bukanlah orang yang bertakwa. Maka barangsiapa yang melihat dengan kedua matanya apa yang diharamkan Allah, mendengar dengan kedua telinganya apa yang diharamkan Allah, mengambil sesuatu dengan kedua tangannya apa yang tidak diredai Allah, berjalan ke tempat yang dikutuk Allah taala, bererti dia tidak menjaga dirinya dari perbuatan dosa.

Jadi, orang yang membangkang perintah Allah taala serta melakukan apa yang dilarang-Nya, dia bukanlah termasuk dalam kategori orang bertakwa. Orang yang menceburkan dirinya ke lembah maksiat sehingga dia layak mendapat murka dan seksa daripada Allah, maka dia telah mengeluarkan dirinya dari barisan orang yang bertakwa.

Di antara kesan dan tanda orang yang beristighfar dan bertaubat ialah bertambah sifat tawakalnya kepada Allah ‘azzawajalla, dan bertambah-tambah pula cintanya kepada Allah jallawa‘ala. Bertawakal dalam erti memasrahkan diri hanya kepada Allah dengan berusaha sedaya upaya sebagai suatu ikhtiar. Ulamak telah menjelaskan makna tawakal dengan huraian yang bernas, antaranya ialah Imam al-Ghazali r.h., “Tawakal adalah penyandaran hati hanya kepada al-Wakil semata-mata, iaitu Allah s.w.t.”.
Berkata al-‘Alamah al-Manawi r.h., “Tawakal adalah menampakkan kelemahan serta penyandaran (diri) kepada yang ditawakkali.” Menjelaskan makna tawakal kepada Allah taala dengan sebenar-benar tawakal, al-Mulla Ali al-Qari menyebut, “Hendaklah kamu mengetahui secara yakin, bahawa tidak ada perbuatan dalam alam ini kecuali Allah, dan setiap yang ada samada makhluk mahupun rezeki, pemberian atau larangan, bahaya atau menfaat, kemiskinan atau kekayaan, sakit atau sihat, hidup atau mati, dan segala sesuatu yang disebut sebagai sesuatu yang maujud (ada), semuanya ini adalah daripada Allah s.w.t.”. Ertinya, kita wajib meyakini bahawa segala sesuatu itu bersumber daripada Allah semata-mata, sehingga kita menyandarkan hidup ini semata-mata kepada Allah taala.

Firman Allah, “Gementar kerananya kulit orang yang takut kepada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk daripada Allah yang ditunjukinya sesiapa yang dia kehendaki. Barangsiapa yang disesatkan Allah maka tidak ada baginya petunjuk,” surah az-Zumar ayat 23.

Wallahuaklam.


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5251.0




===


Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)


===



Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.

FirmanNya “ Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim ”. ( Al-Hujurat:11 )...Janganlah menzalimi Diri Sendiri.

Manusia perlu sedar bahawa Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri walaupun sebagai seorang Nabi dan RasulAlah, namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:

“ Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari ”. ( Al Hadith )

Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.

Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya: “ Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa ”. ( Ali-Imran: 133 ).

Mudahan belum terlambat lagi buat kita semua..wallahu'alam.





====


http://psipum.org/terapi-istighfar/

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” – (Hadis riwayat Muslim)

Sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.

Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambahlah dosa dilakukan lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Melakukan dosa biarpun yang dikatakan dosa kecil perlu dihindarkan kerana dosa kecil boleh menjadi dosa besar apabila:

  • Dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan: “Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan.
  • Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil dilakukan secara berterusan.
  • Jika dianggap kecil, tetapi sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpaling hati daripadanya.
  • Sebahagian ulama berkata: “Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya.”
  • Jika disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.
  • Jika menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azab-Nya.
  • Jika dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.
  • Jika dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.


====



Cerdasnya orang yang beriman adalah,dia mampu mengolah hidupnya yang sekejap ini sebaik mungkin untuk kebahgiaan hidup yang kekal diakhirat kelak.

Kita hidup bukan untuk hidup, tetapi kita hidup untuk yang MAHA HIDUP. Hidup bukan untuk mati tetapi mati itulah untuk hidup.

Sebagai persediaan untuk menuju ke alam yang kekal abadi, maka sewajarnya cuba kita renung2kan 7 amalan mulia dibawah ini. Marilah kita berusaha untuk mengamalkannya.

  • Pertama : Tahajjud.Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  • Kedua : Membaca AlQuran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya, sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata kita melihat dan membaca AlQuran terlebih dahulu dengan penuh kefahaman.
  • Ketiga : Pergi ke masjid terutama diwaktu subuh. Sebelum pegi kemanapun,langkahkan kaki ke masjid dulu. Masjid merupakan pusat keberkatan. Kita pergi kemasjid bukan kerana panggilan Muadzin tetapi kerana menyahut panggilan Allah yang sangat sukakan orang yang memakmurkan masjid.
  • Keempat : Solat Dhuha. Solat dhuha banyak kelebihan. Dikatakan , kunci keberkatan rezeki itu terletak pada solat dhuha.
  • Kelima : Bersedekah. Allah menyukai orang yang suka bersedekah. Dan malaikat Allah sentiasa mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.
  • Keenam : Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah sangat menyayangi hambanya yang berwudhu’.
  • Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat.Dengan istighfar,masalah yang terjadi kerana dosa kita akan di jauhkan oleh Allah.

Demikianlah ketujuh perkara yang patut selalu diamalkan oleh kita semua. Bagi orang perempuan mungkin susah sikit nak amalkan yang ketiga. Tapi setidak2 nya kita berusaha untuk mengamalkan perkara-perkara ini,secara istiqomah.



Amalkan istighfar setiap saat.Dengan istighfar,masalah yang terjadi kerana dosa kita akan di jauhkan oleh Allah.

No comments: