Monday, 13 June 2011

Terus tingkatkan kesedaran pada Allah

http://www.fuadlatip.com/v1/2011/06/setelah-sedar/

Bagi kita makna kejayaan hanyalah beriman kepada Allah SWT. Pencapaian yang lain hanyalah timbal balik atas apa yang kita lakukan. Kebaikan ditimbal balik dengan kebaikan dan keburukan pasti ada kesan-kesan yang menyusahkan perjalanan hidup kita ini.

Kesedaran Allah SWT itu adalah proses hubungan dengan Allah. Ia masih diperingkat awal. Setelah kesedaran kita kuat dan mampu dikekalkan juga ditingkatkan sehari ke sehari, kita tinggal untuk menerima pengajaran Allah agar kita mampu menjalani apa jua kerja yang dikehendaki Allah.

Kerja yang kita lakukan dalam kesedaran inilah yang dikenali sebagai ibadah. Lalu kita sentiasa menepati dengan tujuan Allah menjadikan kita ini iaitu untuk beribadah kepadaNya.

Kita memahami tugas kita sebagai wakilNya dalam mentadbir alam ini. Kita pasti tidak akan mengeluh dengan halangan yang ada di dalam perjalanan hidup kita ini.

Bagi kita makna kejayaan hanyalah beriman kepada Allah SWT. Pencapaian yang lain hanyalah timbal balik atas apa yang kita lakukan. Kebaikan ditimbal balik dengan kebaikan dan keburukan pasti ada kesan-kesan yang menyusahkan perjalanan hidup kita ini.

Seandainya jiwa tidak sedar Allah, pengajaran dari kebaikan dan keburukan itu tidak mampu kita fahami dengan baik untuk pengajaran dalam perjalanan kehidupan kita ini.

Pengajaran ini tidak sama setiap kita kerana tugas kita berbeza. Di sinilah yang tidak mampu saya ulas kerana uniknya amanah setiap kita yang diberikan oleh Allah SWT.

Namun seandainya jiwa tidak sedar akan Allah SWT, kita akan melalui hidup ini dengan begitu saja. Walaupun ada pengajaran Allah, kita tidak mampu menangkapnya dengan baik.

Terus tingkatkan kesedaran pada Allah dan di sana nanti ada pengajaran untuk kita beramal soleh, melakukan kerja atas Nama Allah yang disimpulkan sebagai Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

http://www.fuadlatip.com

http://www.facebook.com/fuadlatip

====

No comments: