Monday, 6 June 2011

Bersama mencontohi bacaan al Quran Salafussoleh

Bersama mencontohi bacaan al Quran Salafussoleh

http://www.rawatanislam2u.com/2010/08/bersama-mencontohi-bacaan-al-quran.html




1) Rasulullah saw pernah solat dengan menghabiskan surah al Baqarah rakaat pertama dan surah ali Imran rakaat kedua. Malah dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah bahawa lamanya baginda solat dengan membacakan ayat yang panjang2 sehingga bengkak2 kaki baginda….

2) Menurut kitab Nasaih karya al Habib Abdullah bin Haddad ra menyatakan ada di kalangan sahabat dan orang soleh yang khatam al Quran 3 hari sekali, ada yang dua hari sekali, ada yang sehari sekali , ada yang dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari malah pernah dilaporkan sehingga 8 kali sehari.

3) Menurut kitab Manaqib Imam Syafie Imam Baihaqi malah disebut di dalam kitab Fadhail A’mal bahawa Imam Syafie khatam al Quran sekali sehari selain dari bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan Imam Syafie khatam dua kali sehari iaitu sekali malam dan sekali siang.

4) Semasa kami belajar dengan Sh Nuruddin di rumah Terengganu Mesir dahulu ketika membacakan manaqib ImamHanafi diriwayatkan bahawa beliau khatam al Quran dalam solat sunat dua rakaat sahaja. Rakaat pertama berdiri dengan memberatkan kaki kanan dari al Fatihah ke al Kahfi dan rakat kedua memberatkan kaki kiri dari Maryam ke an Naas…

5) Guru Sheikh Nazim membaca al Quran khatam sekali sehari khususnya semasa suluk dengan mengambil masa 9 jam sehari.

6) Ada orang2 soleh kata Sh Nuruddin : khatam al Quran sambil duduk memeluk lutut (macam orang Pakistan selalu buat)… apabila dia melepaskan pelukannya maka bacaannya sudah khatam…

No comments: