Saturday, 30 July 2011

Patience - Dr. Bilal Philips

Patience - Dr. Bilal Philips




Peludah Warna

Peludah Warna

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID



Welcome O Ramadan - Abu Hamza

Welcome O Ramadan - Abu Hamza (IISNA)


Read Quran ; 10 surah popular yang banyak fadhilatnya

Kaedah ini, kalau betul-betul dipatuhi, membolehkan kita menghafaz, dalam masa enam bulan dua minggu sahaja, 10 surah popular yang banyak fadhilatnya itu Surah Sajadah, Surah Yasiin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahman, Surah Waqiah, Surah Jum’ah, Surah Mulk, Surah Muzammil, Surah Qiyamah dan Surah Insan.

http://hannanconan.blogspot.com/2010/09/saya-menghadiri-satu-seminar-mengenai.html


Surah Sajadah, Surah Yasiin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahman, Surah Waqiah, Surah Jum’ah, Surah Mulk, Surah Muzammil, Surah Qiyamah dan Surah Insan.



http://juzquran.blogspot.com/2009/10/ya-sin.html

http://juzquran.blogspot.com/2009/10/ya-sin.html


Kita sebenarnya bukan tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, cuma kita tidak merancang untuk menghafaznya.

http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-asas-menghafaz-al-quran-siri-1/

































http://xa.yimg.com/kq/groups/19484839/1278918203/name/ebook

Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (1 of 11)

Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (1 of 11)





Alif Ba Ta 2009 @RIT
December 5 & 6, 2009
Dr Azly Rahman: The Matrix Of Change: Culture And Revolution In An Age Of 1MALAYSIA Sloganism
Part 1: The dimensions of change








Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (2 of 11)





Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (3 of 11)






Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (4 of 11)






Alif Ba Ta 2009: Dr Azly Rahman (5 of 11)







===




Alif Ba Ta 2009 @RIT
December 5 & 6, 2009
Dr Azly Rahman: The Matrix Of Change: Culture And Revolution In An Age Of 1MALAYSIA Sloganism
Part 5: The strategies of colonialism + "We'll meet again" video


--

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.

http://juzquran.blogspot.com/2011/06/khasiat-al-waqiaah-also-another-site.html



Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91.



===



Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. "
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Firman Allah S.W.T maksudnya : " maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan maka, "Salam bagimu (wahai) dari golongan kanan! (sambut malaikat)"
(Surah al-Waqiah ayat 89-91)

Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui dan (ini) sesungguhnya al-Quran yang sangat mulia, dan kitab yang terpelihara (Loh mahfuz) tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan seluruh alam. Apakah kamu menganggap remeh berita ini (al-Quran)?"
(Surah al-Waqiah ayat 75-82)

Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah. Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha.

Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, beramal soleh, solat sunat tahajud dan solat sunat hajat , sentasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, menghormati ibu bapa, pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi. Niat melakukan kerja juga memainkan peranan penting. Niat menambah rezeki mestilah kerana Allah dan untuk disalurkan ke jalan Allah. Jalan untuk melakukan kerja juga mestilah dengan cara yang halal.

Saranan bahawa surah al-Waqiah ini dibaca pada waktu malam dikuatkan dengan pembentangan surah al Muzammil ayat 20, firman Allah S.W.T maksudnya : "Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.."

Di dalam ayat-ayat al Quran itu Allah sering menyeru manusia supaya bangun beribadat di malam hari di ketika manusia-manusia lain sedang di alun mimpi. Di malam hari juga turunnya para malaikat dan Jibril dengan izin Allah bagi mengatur semua urusan.

Mengenai jumlah bacaan yang perlu dibaca, tidak dapat dipastikan. Tidak ada saranan supaya surah ini dibaca beberapa kali. Namun adalah elok sekira ianya dapat dibaca lebih dari sekali mengikut kemampuan. Kerana sekiranya ia dibaca sekali sahaja ianya kurang berkesan di hati lalu akan menjadi kurang mustajab. Membaca surah al-Waqiah, atau apa-apa surah sekali pun adalah ibarat kita mengingati Allah. Semakin banyak kita membacanya, semakin dekat kita dengan Allah. Jadi bacalah ia berkali-kali dengan khusyuk dan tawaduk.

Setelah segala usaha bersama doa yang dilakukan dengan khusyuk dan istiqamah bagi tujuan untuk mendapatkan rezeki, apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah dengan berserah kepada Allah. Hanya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sekiranya Allah mengurniakan sesuatu yang tidak sesuai kepada hambanya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perlu diterima dengan hati yang reda. Perlu diingat bahawa Allah selalu menguji hamba-Nya bukan saja dengan kesulitan tetapi juga dengan kesenangan dan kenikmatan.

Dengan membaca surah al-Waqiah dalam aspek jiwa, jiwa akan menjadi lebih tenang. al-Quran dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya diamalkan dengan cara istiqamah dan tawaduk. Surah al-Waqiah yang dibaca mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun.

Kelebihan orang-orang yang membaca al-Quran secara khusuk dan istiqamah akan diberikan keberuntungan yang berlipat kali ganda oleh Allah. Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud " Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."

Sahabat yang dimuliakan,
Kelak apabila hari kiamat berlaku, tiada siapa yg boleh menafikanya, ini untuk menolak dakwaan orang-orang kafir yang tidak percaya akan adanya hari kiamat. Mati dan hari kiamat adalah pasti. Fungsi mati dan hari kiamat ini ialah untuk menjatuhkan dan meninggikan darjat manusia. Nanti pada hari kiamat Allah akan merendahkan sebahagian kaum dan meninggikan sebahagian kaum, yang direndahkan akan ke neraka manakala yang ditinggikan darjatnya dimasukkan ke syurga. Seorang yang kaya raya tetapi kafir dan jahat pasti akan dijatuhkan manakala yang miskin tetapi beriman dan beramal soleh pasti akan ditinggikan.

Kelak bila terjadinya kiamat, bumi keseluruhannya bergoncang segoncang2nya menjadi gempa bumi yang sangat dahsyat, penghuninya menjadi hancur lebur selumat-lumatnya, binasa termasuk gunung-ganang menjadi debu berterbangan padahal satu ketika dulu tegak gagak berdiri. Ketika itu manusia akan dikumpulkan menjadi tiga golongan:

1. Golongan kanan (ashabul yamin) dinamakan juga golongan bahagia (ashabul maimanah)

2. Golongan kiri (ashabul syimal) dinamakan juga golongan sengsara (ashabul masy'amah).

3. Golongan terdahulu (as-sabiqun) dinamai juga golongan dihampiri oleh Tuhan (al-muqarrabun).

Siapakah orang-orang yang ada dalam golongan ini?

1. Golongan kanan / golongan bahagia ialah mereka yg diberi kitab amalan daripada sebelah kanan, yang akan menjadi penghuni syurga, yang paling senang hidupnya di syurga.

2. Golongan kiri / golongan sengsara ialah orang-orang yang diberi kitab amalan masing-masing daripada sebelah kiri yang akan menjadi penghuni neraka yang kehidupan mereka amat sukar dan amat azab.

3. Golongan terdahulu / golongan dihampiri oleh Tuhan. Golongan ini, seumpama jika di dunia sekarang, orang panggil 'Very Important Persons'. Mereka adalah orang yg sangat istimewa kerana merekalah yang terdahulu masuk Islam /beriman. Golongan ini pula kebanyakannya daripada orang-orang terdahulu dan sedikit daripada orang-orang yang kemudian.

Berkenaan siapakah orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian para pentafsir berbeza pendapat. Ada yang mengatakan yang terdahulu itu ialah orang yang lebih dahulu masuk syurga. Ada juga yang berpendapat orang-orang terdahulu ialah orang-orang yang lebih awal masuk Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W, ada pula yg berpendapat pengikut Para Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga yang menyatakan bahawa pejuang-pejuang yang bersama-sama dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum dan semasa Nabi Muhammad S.A.W.

Menurut tafsir oleh Ahmad Sonhadji Mohamad 'golongan terdahulu' ini ialah golongan yang paling dahulu beriman, yang mendapat darjat paling tinggi dalam syurga. Mereka ini telah mendahului golongan yang lain untuk berbuat taat semasa berada di dunia. Ini kerana siapa yang cepat berbuat kebaikan merekalah yang paling dahulu layak mendapat penghormatan di akhirat. Golongan inilah yang paling hampir dengan Allah, berada di bawah lindungan Arasy dan ditempatkan di tempat yang mulia iaitu syurga Jannatun Na'im, tempat yang kekal untuk bersenang lenang.

Orang-orang yang hampir kepad Allah (al-muqarrabun) dan orang-orang yang paling dahulu (as-sabiqun), inilah merupakan kumpulan yang paling ramai, sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada para Nabi kerana mereka adalah golongan orang terdahulu dan ramai pula orang yang beriman kepada ajaran Allah yang disampaikan oleh mereka, manakala orang-orang yang terkemudian amatlah sedikit. Kumpulan terdahulu yang ramai dan yang terkemudian yang sedikit ini berada dalam kebun kenikmatan syurga, terdapat pelbagai jenis buah-buahan, penghuni syurga semuanya berehat atas katil yang bertatahkan emas permata dengan berkeadaan berbaring dan bertelekan, berhadapan-hadapan serta dilayani anak-anak muda yang berkhidmat sebagai khadam.

Anak-anak muda ini berseri-seri muka dan sentiasa muda. Mereka membawa hidangan berupa mangkuk-mangkuk, cerek-cerek yang berkilat dan gelas-gelas berisi arak yg apabila diminum tidak memabukkan. Mereka beroleh buah-buahan yang banyak dan pelbagai jenis.

Menurut Ibnu Abbas apabila seorang daripada tergerak inginkan daging burung, maka akan terbanglah seekor burung dan terhidanglah daging burung yg telahpun dimasak. Begitulah kenikmatan syurga terhadap orang-orang yang beriman yang menjadi penghuni syurga. Kata Ar-Razi, didahulukan buah-buahan daripada makanan kerana di syurga, penghuninya sentiasa kekenyangan, mereka makan hanya sebagai pencuci mulut. Di samping itu mereka disediakan bidadari-bidadari jelita untuk bersenang-senang dengan mereka, kulit bidadari-bidadari tersebut putih berseri-seri, berwajah manis seolah-olah permata (diumpamakan bagai berlian yg tersimpan lagi mengghairahkan) sebagai balasan terhadap amalan baik mereka.

Kemudian Allah mengkhabarkan bahawa di dalam syurga penghuni-penghuninya tidak pernah mendengar kata-kata yang sia-sia dan yang mendatangkan dosa. Yang ada hanyalah ucapan "selamat sejahtera!" yakni sebaran salam sesama mereka.

Golongan kanan ialah golongan yang hidup mewah dan berkedudukan tinggi dalam syurga. Mereka tinggal dalam perkebunan teratai yang tidak berduri, malahan setiap durinya ditumbuhi buah. Jika buah itu dikopek akan terbelah dua dan mempunyai 70 jenis rasa dan ada lagi buah-buahan lain yang tidak sama rasa dengannya.

Demikian menurut hadis al-Hakim dan al-Baihaqi. Terdapat perkebunan pisang yang tersusun buahnya, memenuhi tandan dari bawah terus ke atas. Mereka dilindungi di bawah lindungan yang terbentang luas, kekal sepanjang masa tidak terkena matahari kerana syurga suasananya sentiasa redup seperti yang disebut juga dalam ayat 13 surah al-Insaan:

لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣

Maksudnya: "Mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan" (Surah al-Insan ayat 13)

Ada pula air yang tercurah sentiasa mengalir siang dan malam dan banyak pula buah-buahan yang berbuah tidak ikut musimnya dan tidak pula dilarang untuk mengambilnya. Terdapat pula tilam-tilam yang lembut yang boleh direndahkan dan ditinggikan.

Allah menyatakan di syurga Dia menciptakan para wanita dengan ciptaan yang ajaib, untuk ahli syurga diciptakan sentiasa baru dengan bentuk yg begitu indah lagi amat ajaib. Bahkan perempuan-perempuan yang tua semasa di dunia nanti akan dikembalikan muda dan yang hodoh akan dikembalikan cantik.

Allah menyatakan juga setiap wanita itu sentiasa gadis biarpun setelah disetubuhi oleh suami masing-masing, sifatnya sentiasa merindu dendam kepada suami, sentiasa cinta yang asyik kepada suami. Umur mereka pula sama sebaya.

Adalah diriwayatkan daripada Ummi Salamah r.ha katanya: Saya menanyakan Rasulullah S.A.W. tentang firman Allah,

إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا(٣٧

lalu dijawab oleh baginda: "Hai ummi Salamah merekalah wanita-wanita yang telah meninggal dunia berkeadaan tua, botak, rabun dan sakit mata, dibangkitkan Allah berkeadaan muda belia"

Dalam hadis at-Tirmizi disebutkan, bahawa seorang perempuan tua datang menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu memohon: "Wahai Rasulullah bermohonlah tuan kepada Allah agar saya dimasukkan ke dalam syurga". Di jawab oleh Rasulullah S.A.W. : "Hai Ibu Polan, sesungguhnya syurga itu tiada dimasuki oleh orang-orang tua". Maka orang tua itu beredar sambil menangis, lalu ujar baginda kepada para sahabat : "Khabarkan kepada perempuan tua itu, bahawasanya tidak masuk syurga dalam keadaan tua seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas."

Golongan kiri ialah golongan yang diberi kitab amalan pada tangan kiri mendapat balasan yang buruk, hidup dalam suasana udara dan angin yang panas yg ditiupkan dari neraka Samum yang sangat panas dan sangat busuk baunya. Mereka diletakkan di bawah lindungan asap yg hitam dan berbau busuk itu. Tiada pula naungan yg sejuk padahal dahulu semasa di dunia merekalah yang hidup paling senang dan sentiasa menurut nafsu syahwat dan berterusan membuat dosa dan menyekutukan Allah. Pada mereka peringatan tentang akhirat adalah omongan kosong. Mereka sesat dan di akhirat mereka diberi makanan daripada pohon zaqqum dan minuman berapa minuman mendidih. Meraka minum seperti unta yg sangat haus.

Dalam ayat 57 hingga 82, Allah mengemukakan alasan-alasan supaya mereka percayakan adanya akhirat.. yakni bila Allah sudah dapat menciptakan kehidupan sekarang mengapa pula Allah tidak boleh menciptakan kehidupan pada masa akan datang. Begitu juga Allah menciptakan manusia daripada setetes mani yang mengandungi berjuta-juta sperma, dan daripada satu persejuta titik sperma itulah asal kejadian seseorang.

Bila Allah sudah terbukti menciptakan manusia daripada sperma mengapa pula tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Kemudian perhatikan pula setiap hari ribuan manusia yang mati dan ribuan pula yang lahir ke dunia. Ini juga menunjukan Allah S.W.T. boleh menghidupkan setiap yang telah mati. Perhatikan pula tumbuh-tumbuhan, siapa pula yang menumbuhkannya, manusia hanya mampu mencangkul tanah, menggemburkan dan menabur benih, siapakah yang menumbuhkannya dan siapa pula yang menjadikan pelbagai bentuk tumbuh-tumbuhan dan pelbagai buah-buahan dan pelbagai warna dan rasa buah-buahan? Jadi begitulah juga Allah menghidupkan semula manusi yang telah mati.

Perhatikan juga pada air yang kita minum, siapakah yang mengangkatnya dari laut ke awan kemudian mengumpulkannya sebagai wap lalu menurunkannya sebagai hujan atupun embun ketika malam? Air laut rasanya masin sedangkan air hujan rasanya tawar, air hujan mengalir ke bumi menyuburkan tanaman sebagai makanan, bertakung ke tasik mengalir ke sungai-sungai, siapakah yang mengatur semuanya itu? Jika Allah memberi kita minum dan menjadikan tanam-tanaman subur daripada air itu mengapa pula Alllah tidak boleh menghidupkan semula makhluk yang telah mati?

Begitu juga perhatikan pula kepada api, siapakah yang menyalakannya sehingga manusia dapat gunakan untuk memasak, memanaskan badan di musim sejuk?

Kemudian Allah bersumpah di atas kemuliaan al-Quran dan ketinggian martabat-Nya, kerana Dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Ungkapan kata-kata-Nya itu dikuatkan dengan sumpah masa terbenam bintang-bintang, sumpahNya supaya manusia mengetahui betapa besar kudrat Allah dan kesempurnaan hikmatNya serta banyak rahmatNya, dan Dia tidak membiarkan hamba-hamba-Nya berkeadaan sia-sia Allah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur Al-Quran adalah kitab yang terpelihara hanya disentuh oleh orang-orang yang suci, oleh itu tidak seharusnya manusi menanggap remeh akan pengajarannya.

Kematian yang dirasai ialah ketika nyawa sampai di kerongkongan, iaitu semasa menghadapi kesengsaraan maut (sakaratul maut) iaitu ketika roh dicabut oleh malaikat. Allah memberi amaran bahawa ketika nazak, sakitnya tidak terhingga, ketika tercungap-cungap kerana nyawa akan tercabut, Allah lebih dekat kepada mayat yang akan dicabut nyawa berbanding dengan pengetahuan manusia tentang kematian itu. Manusia tidak dapat melihat malaikat-malaikat yang Allah utuskan untuk mencabut nyawa orang yang sedang nazak. Allah menempelak, Jadi jika manusia tidak dikuasai oleh Allah mengapa ketika orang itu sedang nazak manusia yang melihatnya tidak dapat mengembalikan nyawa orang yang sedang nazak dan tercabut nyawanya itu? Cubalah lakukan jika tidak percaya kepada hari Pembalasan. Jadi janganlah mendustakan ayat-ayat al-Quran.

Orang-orang yang sedang nazak ini diberitahu oleh Allah jika mereka terdiri daripada golongan al-muqarrabin Allah dekatkan mereka di sisi-Nya dengan memperoleh kerehatan dan nikmat syurga. Jika mereka golongan kanan para malaikat akan menggembirakan mereka dengan ucapan selamat sejahtera. Jika mereka golongan yg mendustakan hari akhirat lagi sesat hidupnya, mereka disambut oleh para malaikat dengan hidangan pertama mereka ialah air yang panas mendidih menyebabkan muka mereka terbakar. Kemudian mereka dihumbankan ke neraka.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati pengajaran yang terdapat di dalam surah al-Waqiah ini, merupakan satu surah yang jelas menceritakan tentang kenikmatan hidup di syurga dan azab yang diterima akibat daripada mendustakan ayat-ayat Allah S.W.T. dan tidak meyakini akan kehidupan di hari akhirat.

Mudah-mudahan dengan membaca kisah yg digambarkan ini hati kita semakin gerun untuk berbuat maksiat. Marilah kita berusaha bersungguh membersihkan hati kita dan berdoa agar Allah bantu kita dalam beribadat kepadaNya.. Amiin.



http://abubasyer.blogspot.com/2011/02/tafsir-dan-kelebihan-surah-al-waqiah.html

-===-

http://juzquran.blogspot.com/2011/06/khasiat-al-waqiaah-also-another-site.html

Friday, 29 July 2011

hafazan sekolah menengah

BACAAN AYAT-AYAT HAFAZAN


http://juzquran.blogspot.com/2009/06/114-surah-in-al-quran.html



Surah as-Sajdah (Ayat 1 hingga 30) - Tingkatan 1



Surah al-Insan (Ayat 1 hingga 31) - Tingkatan 1

Surah al-A'la (Ayat 1 hingga 19) - Tingkatan 1

Surah al-Ghasyiah (Ayat 1 hingga 26) - Tingkatan 1

Surah al-Waqi'ah (Ayat 1 hingga 96) - Tingkatan 2

Surah Nuh (Ayat 1 hingga 28) - Tingkatan 2

Surah as-Saff (Ayat 1 hingga 14) - Tingkatan 3

Surah al-Jumu'ah (Ayat 1 hingga 11) - Tingkatan 3

Surah Yasin (Ayat 1 hingga 83) - Tingkatan 4

Surah al-Munafiqun (Ayat 1 hingga 11) - Tingkatan 4

Surah al-Mulk (Ayat 1 hingga 30) - Tingkatan 5



============



Surah al-Waqi'ah (Ayat 1 hingga 96) - Tingkatan 2
\


Surah al-Jumu'ah (Ayat 1 hingga 11) - Tingkatan 3


Surah Yasin (Ayat 1 hingga 83) - Tingkatan 4



Surah al-Mulk (Ayat 1 hingga 30) - Tingkatan 5

http://juzquran.blogspot.com/2009/06/114-surah-in-al-quran.html





Hafazan Kaedah Jibril 10 surah

1.0 Yassin
2.0 As-Sajadah
3.0 Ad-Dukhaan
4.0 Al-Mulk
5.0 Ar-Rahmaan
6.0 Al-jum’ah
7.0 Al-muzammil
8.0 Al-Waaqiah
9.0 Al-Insan
10.0 Al-qiyamah.


http://juzquran.blogspot.com/2009/06/114-surah-in-al-quran.html

Kaedah ini, kalau betul-betul dipatuhi, membolehkan kita menghafaz, dalam masa enam bulan dua minggu sahaja, 10 surah popular yang banyak fadhilatnya itu Surah Sajadah, Surah Yasiin, Surah Ad-Dukhan, Surah Ar-Rahman, Surah Waqiah, Surah Jum’ah, Surah Mulk, Surah Muzammil, Surah Qiyamah dan Surah Insan.

http://hannanconan.blogspot.com/2010/09/saya-menghadiri-satu-seminar-mengenai.html

http://juzquran.blogspot.com/2009/06/114-surah-in-al-quran.html




===


Manfaatkan cuti sekolah anda bersama KHQ.. ( KEM HAFAZAN AL-QURAN ) * MEMANTAPKAN ASAS BACAAN AL-QURAN * MENINGKATKAN PENGUASAAN TAJWID * HAFAZAN SURAH2 PILIHAN, juzuk amma, yassin, al-mulk, Ar-Rahman, Al-Waqiah, Ad-Dukhan, Al-Insan, As-sajaddah. * Hafazan Doa2 pilihan.. * Praktikal solat, wudhuk, mandi hadas besar * sesi motivasi , halaqoh, usrah dan ketuk minda mengajar kemahiran : memasak, menjahit, menyulam, menanam pokok.. Ke arah Melahirkan Wanita Solehah, UMMAH TERBILANG peserta: terbuka kepada pelajar perempuan daripada umur 11 tahun hingga 18 tahun Tarikh: 5 Disember-19 disember... 2 minggu... yuran: RM 320.00.. UNTUK PERTANYAAN LANJUT: HUBUNGI USTAZAH FATIMAH OMAR-017-2991120 KE ARAH MELAHIRKAN WANITA SOLEHAH....

http://komuniti.iluvislam.com/topic/16765-jom-sertai-kem-hafazan-al-quran-semasa-cuti-sekolah/

Posted 25 October 2009


====


http://kaedahjibril.com/ebookvideokj.html

Penerangan secara terperinci 3 strategi awal kaedah Jibril untuk memudahkan 'kickstart' hafazan : 3 baris sehari, 30 minit sehari, 3x ulangan setiap solat. (Ustaz Asraff terangkan satu-persatu lengkap dengan contoh praktikalnya sekali) - minit 18.

Penerangan secara praktikalnya, bagaimana anda boleh menghafaz 10 surah popular dalam masa 6 bulan 2 minggu. (Surah dicadangkan ialah : Sajadah, Yasin, Dukhan, Rahman, Waqiah, Jum'ah, Mulk, Muzammil,Qiyamah, dan Insan) - minit ke 32.

Video ditutup dengan perkongsian 2 petua rahsia : fathus sodar/Fathus sabar - Rahsia untuk menjamin hafazan anda 'sukses' tak kira betapa sibukpun urusan anda! (minit ke 37)





Penerangan secara praktikalnya, bagaimana anda boleh menghafaz 10 surah popular dalam masa 6 bulan 2 minggu. (Surah dicadangkan ialah : Sajadah, Yasin, Dukhan, Rahman, Waqiah, Jum'ah, Mulk, Muzammil,Qiyamah, dan Insan) - minit ke 32.

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I)

Kelas Hafazan Al-Quran (Surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk, Al-Insan, Al-Waqiah, Ar-Rahman dan Juz Amma),




Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I)














====



OBJEKTIF
___________________________________________________________________________________________
.

Berikut adalah objektif penganjuran Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) :

- Mengisi masa cuti peserta dengan mempelajari Al-Quran
- Melatih peserta membaca Al-Quran dengan betul dan tepat
- Menanam rasa minat dan ghairah peserta terhadap pembacaan dan pengamalan isi Al-Quran
- Menyedarkan kepentingan dan kemuliaan kitab suci Al-Quran

.
PENYERTAAN
___________________________________________________________________________________________
.

Penyertaan untuk Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) adalah terbuka kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun. Penyertaan adalah terbuka untuk 100 peserta terawal yang mendaftar.

.
PENGISIAN DAN AKTIVITI
___________________________________________________________________________________________
.

Pengisian untuk Kem Tahfiz & Intensif 2011 (Siri I) terbahagi kepada 4 slot utama iaitu Kelas Hafazan Al-Quran (Surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk, Al-Insan, Al-Waqiah, Ar-Rahman dan Juz Amma), Kelas Iqra/ Nazirah Al-Quran, Kelas Tajwid dan Pemantapan Fardhu Ain. Berikut adalah butiran yang berkaitan :

Kelas Hafazan Al-Quran - 4 kelas
Kelas Iqra’/ Nazirah - 2 kelas
Kelas Tajwid Al-Quran - Setiap hari
Pemantapan Fardhu Ain - Setiap hari
Sarapan pagi - Setiap hari
Majlis Penutup - 10 Jun 2011

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) akan bermula pada 30 Mei 2011 dan berakhir pada 10 Jun 2011. Sesi pembelajaran adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.

.
SIJIL PENYERTAAN
____________________________________________________________________________________________
.

Semua peserta Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) akan dianugerahkan sijil penyertaan pada Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil yang dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2011.

.
YURAN PENYERTAAN
____________________________________________________________________________________________
.

Yuran penyertaan bagi Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) adalah RM80.00 setiap seorang. Yuran adalah meliputi bayaran modul, konsultansi, sarapan pagi dan sijil penyertaan.

.
TENAGA PENGAJAR
____________________________________________________________________________________________
.

Berikut adalah senarai tenaga pengajar yang akan membimbing para peserta sepanjang berlangsungnya Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) :

1. Ustaz Mohd. Hikmah bin Arazmi Al-Hafiz
- B.A. (Hons), Al-Quran dan Al-Sunnah, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

2. Ustaz Noh Fariq bin Omar Al-Hafiz
- M.A. Hadith, UKM
- B.A. (Hons), Al-Quran dan Al-Sunnah, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

3. Ustaz Mohd. Solehuddin bin Datuk Zakaria Al-Hafiz
- B.A. (Hons), Takhassus Qiraat, Shoubra, Mesir
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

4. Ustaz Nur Firdaus bin Abd. Razak Al-Hafiz
- B.Ed (Hons), Pendidikan Al-Quran, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

5. Ustazah Nurulhuda binti Abd. Rahman Al-Hafizah
- B.Ed (Hons), Pendidikan Al-Quran, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM


===
http://kafaputra.com/berita/bahagian-kokurikulum/




Bersempena dengan cuti persekolahan pertengahan tahun 2011, KAFA Putra sekali lagi menganjurkan Kem Tahfiz dan Intensif Al-Quran Siri I yang akan bermula pada 30 Mei 2011 dan berakhir pada 10 Jun 2011. Alangkah indahnya apabila masa lapang anak-anak dipenuhkan bersama Al-Quran, moga-moga keakraban ini akan menjadikan mereka salah seorang pembacanya yang akan diberi syafaat di Hari Mahsyar kelak.

Yahya Hawwa: Sura Al Waqi'ah

Yahya Hawwa: Sura Al Waqi'ah

















Surah Pilihan Surah Yasssin, Al Mulk, Al Waqiah, Surah – surah dari Juzuk 30



Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:

"Orang (mukmin) yang mahir membaca Quran, maka kedudukannya di akhirat di temani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Quran, padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat dua ganjaran."(Sahih Muslim: No.767)

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/sticky-post-mari-belajar-tajwid-dan.html#ixzz1TVdXT600


seperti Surah Al-Mulk, Surah Al-Khafi dan Surah Al-Waqiah. Itu pun mengambil masa 2 tahun baru boleh hafaz. Apa kelebihan menghafaz Al-Quran mengikut hadis Rasuulullah SAW"

“Orang yang tidak mempunyai hafalan Al Quran sedikitpun adalah seperti rumah kumuh yang mahu runtuh“.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/sticky-post-mari-belajar-tajwid-dan.html#ixzz1TVdgEQgY



Dari Abi Hurairah r.a. ia berkata:

Rasulullah SAW mengutus satu utusan yang terdiri dari beberapa orang. Kemudian Rasulullah SAW menguji kemampuan membaca dan hafalan Al Quran mereka: setiap laki-laki dari mereka ditanyakan sejauh mana hafalan Al Quran-nya. Kemudian seorang yang paling muda ditanya oleh Rasulullah SAW:

“Berapa banyak Al Quran yang telah engkau hafal, hai fulan?”

ia menjawab: aku telah hafal surah ini dan surah ini, serta surah Al Baqarah. Rasulullah SAW kembali bertanya:

“Apakah engkau hafal surah Al Baqarah?”

Ia menjawab: Betul. Rasulullah SAW bersabda:

“Pergilah, dan engkau menjadi ketua rombongan itu!”.

Salah seorang dari kalangan mereka yang terhormat berkata: Demi Allah, aku tidak mempelajari dan menghafal surah Al Baqarah semata kerana aku takut tidak dapat menjalankan isinya. Mendengar masalah itu, Rasulullah SAW bersabda:

“Pelajarilah Al Quran dan bacalah, kerana perumpamaan orang yang mempelajari Al Quran dan membacanya, adalah seperti tempat bekal perjalanan yang diisi dengan minyak kasturi, wanginya menyebar ke mana-mana. Sementara orang yang mempelajarinya kemudian ia tidur dan dalam dirinya terdapat hafalan Al Quran adalah seperti tempat bekal perjalanan yang disambungkan dengan minyak kasturi “.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/sticky-post-mari-belajar-tajwid-dan.html#ixzz1TVdv5NRd

contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah



- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati







Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.


- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.


==


PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati



===



Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

==

saye ade kakak bisness restoran ...
rase nye lebih 20 thn dia dah jlnkan bisnes restoran ni..
saye tanya dia ape amalan dan rahsia masakan dia ..
kate nye tiap kali dia masak ..
dia mesti bace ayat al kautsar ni ..

n dia pun suruh sye bace juge tiap kali saye masak .....
Back to top Go down
View user profile


http://www.pekanrabu.biz/t775-ayat-ayat-al-quran-yg-baik-diamalkan

Kaedah Belajar Al-DiHAT

menarik ni


Batu Caves, Selangor Darul ehsan, Malaysia
2-3A, Jalan Medan Batu Caves 1, Medan Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan (Atas Bangunan KWSP Batu Caves) 03-61869901 / 013-3510860 / 019-2270860 / 013-2791608



Kaedah Belajar Al-DiHAT

"Membaca , lancar, hafaz dan praktik”



Pelajar tidak dibenarkan menghafaz selagi bacaan tidak betul, Hafazan akan bermula selepas pelajar lancar bacaan, makhraj dan tajwid yang betul.

Ayat – ayat hafazan yang menjadi fokus mengikut urutan
  • Membaca Iqra’ (Jika anak belum mengenal huruf)
  • Membaca, melancar dan menghafaz dari Al - Fatihah ke Ad - Dhuha (membetulkan sebutan, makhraj huruf)
  • Hafazan Bacaan dalam Solat (membetulkan sebutan, makhraj huruf dan pergerakan dan amali solat)
  • Hafazan Wirid selepas sembayang (membetulkan sebutan, makhraj huruf)
  • Hafazan doa – doa penting selepas solat.
  • Hafazan BacaanTahlil Arwah mengikut susunannya
  • Surah Pilihan Surah Yasssin, Al Mulk, Al Waqiah, Surah – surah dari Juzuk 30
Misi Al DiHAT
  • Bertujuan melahirkan satu generasi baru yang berkeyakinan tinggi, berani, membaca al Quran dengan baik dan bersedia menjadi imam / ketua pada bila – bila masa.
  • Memperkenal dan menyediakan para pelajar dengan bacaan harian yang asas sebelum betul - betul menghafadz 30 juzu’ Al-Quran
KAEDAH AL-DiHAT


KAEDAH AL-DiHAT

    Membaca
    Lancar
    Menghafaz
    Praktik

Yuran Pendaftaran : RM10.00
Yuran Bulanan : RM75.00
Had Umur : 7 - 12 Tahun (lelaki dan Perempuan)

Sesi Pembelajaran
Sesi 1: Isnin dan Rabu Jam 8.00 - 9.30 Malam
Sesi 2: Selasa dan Khamis Jam 8.00 - 9.30 Malam
Pengambilan Terhad. Daftar segera.

Keterangan lanjut
Hubungi 03-61869901 / 013-3510860


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Surah at-Taubah Ayat 128-129

huhuhu

ini dari forum



Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah




1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


===

formula baru or resepi>??/


NAK CUBAA......????? RESEPI BARU UTK KECANTIKAN DIRI
DAN KEBAHAGIAN UMAH TANGGA

1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

===

.assalammualaikum.............saya suka amalkan surah at-taubah......ayat hafazan semasa sekolah dulu.....
mula2 saya tak tahu pun kelebihan ayat ni tp sejak saya amalkan surah ni utk cari kasut yg hilang.........alhamdulilah berkat usaha dan keyakinan kasut saya tu jumpa balik..........


ayat yg ke 128-129

===






http://nuursyifa.blogspot.com/2009/08/ayat-128-129-surah-at-taubah.html




Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.








...














Keutamaan Dua Ayat Akhir Daripada Surah Al-Baqarah




Keterangan dan Petua Beramal

1. Perlindungan Daripada Segala Kejahatan

Abu Mas'ud al-Badri r.a. berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, maka cukuplah baginya (daripada hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat, sama dengan bersembahyang."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

2. Dikabulkan Permintaan

Ibn Abbas r.a. bercerita bahawa pada suatu ketika Jibril berada di sisi Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, tiba-tiba terdengar suara daripada atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepada-Mu dan belum pernah diberikan kepada seorang Nabi yang sebelum kamu, iaitu Fatihatul Kitab dan akhir surah al-Baqarah. Tiada engkau membaca satu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu diberi."


(Riwayat Muslim)