Friday 29 July 2011

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I)

Kelas Hafazan Al-Quran (Surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk, Al-Insan, Al-Waqiah, Ar-Rahman dan Juz Amma),




Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I)














====



OBJEKTIF
___________________________________________________________________________________________
.

Berikut adalah objektif penganjuran Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) :

- Mengisi masa cuti peserta dengan mempelajari Al-Quran
- Melatih peserta membaca Al-Quran dengan betul dan tepat
- Menanam rasa minat dan ghairah peserta terhadap pembacaan dan pengamalan isi Al-Quran
- Menyedarkan kepentingan dan kemuliaan kitab suci Al-Quran

.
PENYERTAAN
___________________________________________________________________________________________
.

Penyertaan untuk Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) adalah terbuka kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang berumur 7 tahun hingga 17 tahun. Penyertaan adalah terbuka untuk 100 peserta terawal yang mendaftar.

.
PENGISIAN DAN AKTIVITI
___________________________________________________________________________________________
.

Pengisian untuk Kem Tahfiz & Intensif 2011 (Siri I) terbahagi kepada 4 slot utama iaitu Kelas Hafazan Al-Quran (Surah Yasin, As-Sajdah, Al-Mulk, Al-Insan, Al-Waqiah, Ar-Rahman dan Juz Amma), Kelas Iqra/ Nazirah Al-Quran, Kelas Tajwid dan Pemantapan Fardhu Ain. Berikut adalah butiran yang berkaitan :

Kelas Hafazan Al-Quran - 4 kelas
Kelas Iqra’/ Nazirah - 2 kelas
Kelas Tajwid Al-Quran - Setiap hari
Pemantapan Fardhu Ain - Setiap hari
Sarapan pagi - Setiap hari
Majlis Penutup - 10 Jun 2011

Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) akan bermula pada 30 Mei 2011 dan berakhir pada 10 Jun 2011. Sesi pembelajaran adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat, bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.

.
SIJIL PENYERTAAN
____________________________________________________________________________________________
.

Semua peserta Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) akan dianugerahkan sijil penyertaan pada Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil yang dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2011.

.
YURAN PENYERTAAN
____________________________________________________________________________________________
.

Yuran penyertaan bagi Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) adalah RM80.00 setiap seorang. Yuran adalah meliputi bayaran modul, konsultansi, sarapan pagi dan sijil penyertaan.

.
TENAGA PENGAJAR
____________________________________________________________________________________________
.

Berikut adalah senarai tenaga pengajar yang akan membimbing para peserta sepanjang berlangsungnya Kem Tahfiz & Intensif Al-Quran 2011 (Siri I) :

1. Ustaz Mohd. Hikmah bin Arazmi Al-Hafiz
- B.A. (Hons), Al-Quran dan Al-Sunnah, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

2. Ustaz Noh Fariq bin Omar Al-Hafiz
- M.A. Hadith, UKM
- B.A. (Hons), Al-Quran dan Al-Sunnah, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

3. Ustaz Mohd. Solehuddin bin Datuk Zakaria Al-Hafiz
- B.A. (Hons), Takhassus Qiraat, Shoubra, Mesir
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

4. Ustaz Nur Firdaus bin Abd. Razak Al-Hafiz
- B.Ed (Hons), Pendidikan Al-Quran, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM

5. Ustazah Nurulhuda binti Abd. Rahman Al-Hafizah
- B.Ed (Hons), Pendidikan Al-Quran, UKM
- Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran JAKIM


===
http://kafaputra.com/berita/bahagian-kokurikulum/




Bersempena dengan cuti persekolahan pertengahan tahun 2011, KAFA Putra sekali lagi menganjurkan Kem Tahfiz dan Intensif Al-Quran Siri I yang akan bermula pada 30 Mei 2011 dan berakhir pada 10 Jun 2011. Alangkah indahnya apabila masa lapang anak-anak dipenuhkan bersama Al-Quran, moga-moga keakraban ini akan menjadikan mereka salah seorang pembacanya yang akan diberi syafaat di Hari Mahsyar kelak.

No comments: