Saturday, 9 July 2011

mbil pengajaran dari cerita kung fu panda 2







Ketika Po dalam Kung Fu Panda II memiliki ‘Inner Peace’ (ketenangan jiwa) barulah dia mampu mengalahkan lawannya. Ketenangan itu bukan dibuat-buat dan direka tetapi ketenangan itu dimilikinya setelah dia REDHA dengan apa yang terjadi. “The only thing that matter, is what you choose to be now.”

Walaupun dia tahu dia memerlukan “inner peace” namun dia tetap tidak berjaya mengalahkan lawannya walaupun sudah hampir membunuh lawannya (Lord Sheng) kerana sekadar tahu.

Po cuba memiliki ketenangan itu dengan “affirmation” di mana beliau sekadar cuba mempositifkan fikiran otaknya, bukan ketenangan sebenar iaitu ketenangan yang mampu mempositifkan jiwanya. Fikiran positif belum tentu jiwa positif.

Namun setelah Po redha iaitu menerima apa yang telah ditakdirkan dan apa yang terjadi, dia benar-benar tenang. Benar-benar memiliki jiwa yang positif. Lalu apa saja yang mendatang dapat diatasi dengan baik malah dia sendiri tidak sangka kehebatan yang dianugerahkan kepada dirinya.

Po berada pada saat ini. Melakukan segalanya pada saat ini. Melupakan saat yang lepas dan tidak hanya asyik termenung memikirkan saat akan datang.

Saya teringat kata-kata Soothsayer dan Po dalam Kung Fu Panda II:
Your story may not have a such happy beginning. But that doesn’t make you who you are. It is the rest of your story. You gotta let go that stuff of the pass, because it just doesn’t matter.The only thing that matter, is what you choose to be now.

Utamakan saat ini kerana kita mampu melakukan apa jua hal dalam saat ini. Bukan saat lepas atau saat akan datang. Saat lepas hanyalah ilusi, saat akan datang adalah fantasi… saat ini adalah realiti.

[note] Menonton jangan sekadar berhibur tetapi ambillah pengajaran yang sangat banyak. Walaupun bukan dari orang islam namun Islam sememangnya mengajar kita sedemikian malah tidak boleh dibandingkan dengan Islam yang lebih jelas dan baik sekali.



source


http://www.fuadlatip.com/v1/2011/07/inner-peace/

No comments: