Wednesday, 6 July 2011

Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin,

makanan rohaniku


http://muharikah.wordpress.com/2011/06/24/dunia-ini-realiti-kita/

Sehingga kita amat lupa pada hadis nabi s.a.w ini:

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها (رواه الترمذي
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Siapa sahaja yang kita jumpa hikmah itu, siapa sahaja, kita perlu mengambilnya. Even dari orang kafir, even ahli maksiat.

KErana Allah mahu menegur keegoan kita. Supaya jangan sombong pada sebuah ilmu yang datang dari penzina yang memberi air minum pada seekor anjing sekalipun. Kerana nilaian kita di sisi Allah, bukan termaktub di dunia. Tetapi di akhirat kelak.

Kerana hikmah itu tetap milik Allah, walau datang dari siapapun ia. Sebab Allah nak tegur kita – ENGKAU-BUKANNYA-BAGUS- SANGAT- PUN!

Ini sangat ditekankan oleh Imam Al-Bana dalam usul ke 18:

Islam membebaskan akal, menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. ‘Al-Hikmah’ adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapatinya maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya”

Mengalu-alukan yang baik dan bermanfaat.

Dari siapapun ia.


===


Apa yang mampu kita ubah adalah: diri kita sendiri. Internal factor kita.

Itulah yang memotivasikan diri kita. Itulah penggerak dinamo kita.

Kerana itu, tulisan Mustafa masyhur, banyak menembak diri kita, sewaktu kita menelusuri karya beliau: Zaadun ala tariq – Bekalan di jalan dakwah.
Kata beliau:
Berbekallah dengan:
1) Al-Quran
2) Tafakur
3) Sirah
4) Puasa
5) Zakat
6) Haji
7) Qiyamulail
Zikir dan doa
9) Mengikut sunnah
10) Jihad fi sabilillah
11) Dakwah
12) Sahabat yang saleh
13) Amalan yang saleh


Bukankah semua di atas ini, bermula dari diri kita sendiri?

Bukankah kita yang harus mencari bekalan itu?


===


Apa yang mampu kita ubah adalah: diri kita sendiri. Internal factor kita.

Itulah yang memotivasikan diri kita. Itulah penggerak dinamo kita.

Kerana itu, tulisan Mustafa masyhur, banyak menembak diri kita, sewaktu kita menelusuri karya beliau: Zaadun ala tariq – Bekalan di jalan dakwah.
Kata beliau:
Berbekallah dengan:
1) Al-Quran
2) Tafakur
3) Sirah
4) Puasa
5) Zakat
6) Haji
7) Qiyamulail
8) Zikir dan doa
9) Mengikut sunnah
10) Jihad fi sabilillah
11) Dakwah
12) Sahabat yang saleh
13) Amalan yang saleh


Bukankah semua di atas ini, bermula dari diri kita sendiri?

Bukankah kita yang harus mencari bekalan itu?




====



Jahiliyah sedang bebas bernyanyi bersuka ria, remaja berpelesaran dan zina berleluasa, dan kita sebagai daie,hanya menghabiskan separuh masa kita dengan bersedih hati dan memikirkan masalah emosi kita yang ‘besar’ ini dengan harapan, malaikat akan turun dari langit, ataupun muwajih akan sentiasa di depan mata kita untuk membantu kita?

Wake up!

This is reality!

And reality wants you to prove, that, whatever u learned in your tarbiyah, must actually LIVED inside you!

Realiti nak kamu buktikan, yang hidayah, iman, kefahaman, itu semua hidup dalam diri kamu. Bukan berlegar pada kata-kata semangat kamu atau kehadiran kamu pada program tarbiyah semata-mata.

Ia menuntut pembuktian, saat kamu merasa keseorangan, saat kamu merasa merudumnya tarbiyah kamu. Saat kamu merasai tiada harapan untuk membina diri kamu.

Sebab, Allah nak kamu hargai, apa yang sedikit kamu perolehi dari tarbiyah.



===



Kerana tarbiyah/usrah, merupakan unsur tetap dalam dakwah ikhwan. Ia tak boleh berpisah. Dan seperti mana kita telah berikrar dalam solat kita untuk mewaqafkan seluruh hidup kita untuk dakwah, itu perlu dibuktikan dengan kehadiran kita pada program tarbiyah, saat dipanggil, susah mahupun senang, benci ataupun suka.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

( At-taubah: 41)

Samada pengisian best ataupun tidak.Samada usrah itu ada ruh ataupun tidak.

Kita harus menyahut seruan itu, sebagai bukti, kita masih berada dalam saff dakwah ini.

Jika tidak, samalah kita seperti Kaab bin Malik, Murarak bin Rabi, dan Hilal bin Umayyah kerana mereka tidak menyahut seruan Rasulullah ke medan Tabuk.

Namun, percayalah sayangku, Allah, takkan biarkan kita berada dalam keadaan itu selama-lamanya.


Percayalah.

Allah pasti akan berikan hadiahNya.

Jika kita bersabar.
Jika kita sentiasa solat dan memohon dariNya.

Dan Allah pasti akan berikan sentuhan-sentuhanNya, kekuatan-kekuatanNya, yang datang dari arah yang tak disangkakan.

Kerana dunia realiti inilah, dunia ujian. Dunia pembuktian.
Bukan dunia ideal kita.

‘ Selalu nak minta benda yang tinggi-tinggi. Yang high level. Tapi benda-benda basic dah setel belum? Raheeq makhtoum dah habis cover belum? Fiqh sirah dah habis cover belum?’

Teguran itu juga menggamamkan aku.







Sedangkan dakwah, adalah sumber hidup kita. Ia adalah segala-galanya dalam kehidupan seorang daie . ( Mustafa masyhur)


Kesimpulannya:

1) Kitalah yang menentukan arah tuju hidup kita.
2) Kitalah yang dapat mengubah keadaan diri kita. Bukan orang lain.
3) Kitalah yang perlu mencari bekalan itu. Setiap masa dan ketika.
4) Sehingga dakwah, menjadi segala-galanya dalam hidup kita. Dan dakwah itu mengalir kehidupan kita sebagai manusia ini. Tanpa mengabaikan hak kita pada sesiapa pun, keluarga, ahli rumah kita, dan seluruh manusia yang mengenali kita. Sehingga kita manusia lain melihat cerminan islam yang syumul dalam seluruh kehidupan kita.

Ya, memang susah.

Kerana dunia realiti bukan untuk istirehat dan bermudah-mudah.

Ia adalah dunia mujahadah.


source

http://muharikah.wordpress.com/2011/06/24/dunia-ini-realiti-kita/

No comments: