source
http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/Enjit-enjit Semut
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada harta usah bakhil sebelum hilang nafas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada ilmu usah didagangkan minta dibalas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada kuasa usah zalim suka memangkas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada amanah usah khianat mesti digalas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada akal usah tertipu oleh perasaan tak berasas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada niat usah dibuat tetapi tak ikhlas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada hutang usah bertangguh pastikan lunas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada mata usah sembunyikan yang terang jelas
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada telinga usah mendengar yang was-was
Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas
Ada mulut usah keluarkan apa-apa yang terlafaz
~Kembara Bahasa~
16 Julai 2011 7/puisi-enjit-enjit-semut.html
Saturday, 16 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment