Sunday, 17 July 2011

Oh Allah : Bagaimana kamu ingin bertawakkal denganNya sedangkan kamu tidak benar-benar mengenali Tuhanmu?

O Allah



http://www.fuadlatip.com/v1/2011/07/o-allah/



Bagaimana kamu ingin bertawakkal denganNya
sedangkan kamu tidak benar-benar mengenali Tuhanmu?

Bagaimana kamu ingin berserah kepadaNya
sedangkan kamu tidak pernah mengenaliNya?

Bagaimana kamu ingin ikhlas keranaNya
sedangkan kamu sendiri tercari-cari mana Tuhanmu?

Bagaimana kamu ingin memohon kepadaNya
sedangkan kamu tidak pernah menyedariNya?

Bagaimana kamu katakan kamu menyembahNya ketika solat
sedangkan kamu tidak pernah sedar dan merasai sebuah pertemuan denganNya?

Awal agama itu mengenal Allah sehingga kamu benar-benar kenal.
Ketika kamu kenal, pasti kamu akan menyedari dan merasai dengan benar kehambaanmu dan keTuhanan Allah SWT.

Kamu tidak akan lagi ragu bertawakal kepadaNya.
Kamu tidak akan was-was berserah kepadanya.
Kamu pasti akan sentiasa ikhlas keranaNya.
Kamu pasti mampu redha dengan apa yang ditentukanNya untukmu.
Kamu pasti akan khusyuk ketika kamu mengadapNya.
Kamu pasti akan sentiasa sedar akan Tuhanmu setiap saat.
Kamu pasti cinta dan sentiasa merinduiNya.

KERANA KINI KAMU SANGAT KENAL DENGAN TUHANMU.


http://www.fuadlatip.com/v1/2011/07/o-allah/

No comments: