Saturday, 16 July 2011

cara Rasulullah untuk memudahkan kita bangun malam

Apabila seseorang insan itu telah merasai kemanisan beribadat tiada yang mustahil baginya dan dia juga ingin berkongsi kemanisan itu dengan insan-insan yang lain.Semoga kita dapat amalkan cara Rasulullah untuk memudahkan kita bangun malam:

1. Jangan makan banyak sebelum tidur.
2. Cari masa untuk tidur sekejap masa tengah hari. Kalau Rasulullah saw, beginda ambil masa tidur sekejap sebelum zohor.
3. Sebelum tidur, baca surah Kahfi ayat 110. Sambil itu niat dalam hati untuk bangun.

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

Apabila kita tidur, syaitan akan ikat tengkuk manusia dengan 3 ikatan. Ikatan-ikatan ini boleh diputuskan dengan tiga cara., iaitu:
1. Bila bangun dari tidur, hendaklah sebutkan nama Allah dengan membaca doa bangun tidur.
2. Ambil wuduk
3. Solat

Dengan itu hati-hati kamu akan menjadi tenang..

No comments: