Tuesday, 26 July 2011

Kata Al Quran, dunai ini tempat bercucuk-tanam. Bercucuk-tanam yang bagimanakah dimaksudkan?

Kata Al Quran, dunai ini tempat bercucuk-tanam. Bercucuk-tanam yang bagimanakah dimaksudkan?



source


http://abuzulfiqar.tripod.com/id33.html



Bukan semua orang ada kekuatan untuk hadir majlis ilmu, lebih-lebih lagi pada hari cuti. Tengok kawan-kawan kita, kalau yang lelaki mungkin pergi memancing. Ada juga yang bersantai. Ada yang menolong keluarga berniaga- tambah pendapatan dan lain-lain.

Tapi di samping kita sibuk dengan urusan kehidupan di dunia, jangan lupa tentang hidup kita di akhirat. Kata Al Quran, dunai ini tempat bercucuk-tanam. Bercucuk-tanam yang bagimanakah dimaksudkan?

Kalau kita ada tanah, kita tanam pokok, esok ke dapat hasilnya? Tentu lambat kan? Kalau pokok rambutan tu biasanya 2-3 tahun baru baru berbuah. Dalam masa tunggu tanaman kita nak berbuah tu kita kena selalu baja dan siram. Kalau kita biar, adakah kita akan dapat hasil yang baik nanti? Kalau dibaja dan disiram, barulah akan dapat buah yang elok dan manis.

Inilah permulaan kita bina diri kita. Siram dan baja diri kita sendiri agar dapat hasil yang bagus di akhirat. Untuk itu yang pertama kita kena istiqamah hadir program. Kedua, tambah perkara-perkara sunat. Saya yakin anda… yang wajib dan selesai… solat fardhunya, puasanya…

Ada orang solat tiga kali sehari. Ada orang lelaki solat seminggu sekali- solat Jumaat saja. Ada orang yang solat dua kali saja setahun (solat sunat hari raya). Kitalah yang kena cuba bantu kawan-kawan yang agak ketinggalan. Kita bersangka baik dan Bantu. Jangan kata, “Alaah… dia dah memang macam tu..”. Semua ini tugas-tugas kita. Tentunya andalah yang rapat dengan mereka, lebih tahu isi hati mereka, dan tahu cara nak tarik mereka.

Antara amalan sunat yang senang ialah solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah, puasa sunat Isni da Khamis bagi yang mampu, banyakkan baca Al Quran… Kalau ikut trend masyarakat kita biasanya orang suka baca Quran lepas Maghrib. Tak kisahlah, kamu bacalah lepas solat fardhu, sekurang-kurangnya satu helai sehari. Khatamkan sekali dalam setahun, kemudian pertingkatkan lagi jadi dua kali setahun. Jaga hubungan dengan jiran, dengan ibu bapa… jangan menderhakai ibu bapa. Tanpa mereka siapalah kita kan.

Kalau kita istiqamah dengan program, di akhirat akan dapat hasilnya. Pengorbanan kita di dunia Allah tak akan sia-siakan.

Masyarakat kita semakin teruk. Yang tak mahu agama lebioh banyak daripada yang mahu. Ayat al Quran… ( Dr membacakan ayatnya, yang intipati maksudnya…) kita ini adalah sebaik-baik umat dan yang sebiak-baik umat itu ialah mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tapi cara kita menegur biarlah berhikmah. Dalam pada itu batas hubungan lelaki perempuan kena jaga, dalan lingkungan yang ditetapkan syariat.

Anda sebenarnya orang-orang yang bertuah kerana dapat turut sama dengan program begini. Berdoalah agar Allah tetapkan hati ke jalan yang betul. Jalan-jalan dakwah ini panjang dan berliku. Tak ramai yang boleh komitmen dengan program amcam ini. Malah ada yang sudah bertahun-tahun ikut tapi kemudian stop- gugur di tengah jalan. Mungkin dia tidak doa.


Dinotakan oleh:
Alexanderwathern
FEB 2001

http://abuzulfiqar.tripod.com/id33.html

No comments: