Monday, 18 July 2011

Link



source


http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/ingin-tahu-tahap-iman-anda-samada-naik-%E2%80%99maintain%E2%80%99-atau-turun-lengkapkan-soal-selidik-ini/




Ketika merekabentuk soal-selidik ini, saya teringatkan perbualan dengan seorang kenalan yang kononnya menganggap dengan berulang alik ke masjid, berpuasa dan menunaikan zakat sambil mengerjakan umrah sekali setahun, dia layak menempah bilik di syurga. Saya kemudiannya mengatakan tidak semudah itu untuk membeli tiket syurga. Tetapi atas beberapa alasan ringan dia membantah. Lalu saya bertanyakan padanya soalan-soalan berikut :

“Pernahkah anda khatam Al-Quran sebulan sekali?” – Tidak

“Pernahkah anda melazimi puasa sunat Isnin Khamis?” – Tidak

“Pernahkah solat anda mencapai tahap ‘syok seperti Saidina Ali yang sangat khusyuk sehingga anak panah yang dicabutkan dari tubuhnya pun tidak terasa?” – Sangat tidak pernah.

“Adakah anda menghafaz nama Allah Asmaul Husna serta mengetahui maknanya?” – Hanya sedikit sahaja.

“Adakah sedekah anda mencapai 1/100 dari pendapatan tahunan anda ?” – Kurang dari itu.

“Adakah tahap pengetahuan anda mengenai kehidupan Rasul dan sahabat melebihi dari gosip artis, cerita politik dan filem wayang terbaru ?” – Jauh sekali.

“Pernahkah anda beristighfar sekurangnya 70 kali sehari seperti Rasulullah ?” – Suku dari itu.

“Bagaimanakah ingatan anda kepada Rasulullah ? Adakah anda melazimi selawat?” – Kadang-kadang, ketika selepas solat sahaja.

“Bagaimanakah persekitaran kehidupan anda? Adakah ia dipenuhi dengan kegiatan ilmu atau tontonan televisyen, gosip akhbar dan radio sahaja?” – Malu untuk menjawab

.

“Kalau mahu dikira, berapa peratuskah waktu 24 jam anda digunakan untuk dunia dan berapakah darinya digunakan untuk ibadah?” - Takut untuk mengira.

“Soalan terakhir “Adakah anda merasakan sejak akhir-akhir ini, anda semakin dekat atau semakin jauh dari Allah ?” – Terus terdiam.

Jika jawapannya semua ‘tidak’ atau berunsur negatif sahaja, maka anda perlu memerhatikan semula ayat dibawah ini :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. Surah Ali-Imran, ayat 142

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. Surah Al-Ankabut, 2-3.

Nampaknya kita ingin membeli syurga dengan harga yang terlalu murah. Kalau mahu jujur, kita sering sekali beribadah kepada Allah dengan ibadah yang ‘serba sisa’. Waktu solat diambil dari sisa waktu menonton televisyen atau sisa waktu berhibur. Sedekah dikeluarkan dari sisa duit kecil dari poket. Zikir diucapkan hanya kerana taubat dari maksiat, bukan zikir kerana syukur. Umrah hanya dilaksanakan setelah puas mengelilingi dunia. Masjid hanya dikunjungi setelah sampai usia pencen. Quran hanya disentuh ketika bulan Ramadan, dan banyak lagi.

Mungkin kita tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan ini. Saya tidak bermaksud semua umat islam sebegitu tetapi inilah realiti sebahagian besar dari kita. Ibadah dilakukan serba sisa, tetapi cita-cita menempah syurga menggunung tinggi. Kita melakukan amal ibadah, tetapi ibadah kita yang sedikit itu mengandungi terlalu banyak virus seperti perasaan riya’ (berbangga serta kurangnya keikhlasan) dan perasaan ‘ujub (takjub akan kehebatan diri sendiri).

Hakikatnya, kita perlu meneliti kembali urutan diari kehidupan. Saya tidak mengatakan anda perlu menempah tiket ke Palestin untuk menjadi pejuang. Kita masih belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Tetapi kita perlu menyusun kembali prioriti kehidupan dengan pengisian yang berkualiti tinggi serta seikhlas mungkin.

Soal-selidik ini mungkin boleh mencetuskan sedikit pedoman untuk kita menilai kembali tahap hubungan dengan Ilahi. Setiap pertanyaan yang diajukan didalamnya amat berguna untuk menyedarkan sesetengah dari kita agar tidak terus terlelap dengan sikap ’Rileks’, iaitu menerima peng’Islam’an dan Al-Quran sebagai rutin biasa. Kita bukan sekadar khalifah yang mencari rezeki, tetapi kita juga menyandang status ‘hamba’ yang perlu sentiasa menjalankan proses ‘auditing’ – pemeriksaan tahap iman dan kualiti amalan yang dikerjakan seharian.

Soal selidik ini saya bina dengan bantuan sahabat saya iaitu En. Sabri Mamat, seorang yang amat berkemahiran dalam bidang kaunseling islam. Setiap jawapan soalan ini dibahagikan kepada 5 skala untuk menilai diri anda, iaitu :

TP : tidak pernah

SS : sekali-sekala

AK : Agak kerap

K : kerapkali

S : sentiasa

Interpertasi skornya pula ada 3 iaitu :

1 : Rendah

2 : Sederhana

3 : Tinggi

=========================================.



http://www.asraffayob.com/dunia-hafazan-al-quran/ingin-tahu-tahap-iman-anda-samada-naik-%E2%80%99maintain%E2%80%99-atau-turun-lengkapkan-soal-selidik-ini/

No comments: