Saturday, 16 July 2011

buku dlm proses Travelog Kehidupan Abadi KEDEWASAAN

http://pts.com.my/index.php/berita/50-tip-motivasi-haji-dan-travelog-impian-abadi-dilancar-di-pabkl/


buku Travelog Dakwah dan Travelog Haji

buku 50 Tip Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi.

Travelog Kehidupan Abadi
KEDEWASAAN


http://muhdkamil.org/blog/2011/07/14/kata-pengantar-oleh-prof-hatta-azad-khan/



Kehidupan ini adalah suatu perjalanan. Dalam perjalanan kita mengutip pengalaman. Pengalaman itu jika dikongsi bersama akan menjadi panduan hidup yang sangat berguna. Kita melihat manusia dengan berbagai ragam dan gaya, menunjukkan sikap dan tindakan dalam menjalankan tugas, peranan dan tanggung-jawab yang diamanahkan.

Kita akan bertemu keberkatan serta juga kemungkaran yang diselindungi dalam peristiwa suka-duka, pahit manis dan hilai ketawa. Manusia yang peka terhadap persekitaran yang ditempuhinya akan menjadi seorang pemerhati yang tajam. Pemerhatian itu jika dapat dirakam akan menjadi sangat berguna kepada orang lain yang mungkin pernah melalui liku kehidupan yang sama tetapi tidak pernah pula merakamnya dalam ingatan.

Roza mempunyai pengalaman yang panjang dan pemerhatian yang tajam. Pengalaman itulah yang mahu dikongsinya bersama pembaca. Dia adalah pemerhati kepada berbagai budaya kehidupan yang berbeza dari berbagai bangsa dan sempadan negara. Di samping belajar, mendidik dan menganalisis diri sendiri, segala pengalaman itu dirakam untuk suatu perkongsian yang ikhlas dan murni.

Tanpa sebarang rasa terpinggir, Roza menggelar dirinya budak perempuan kampung – Kampung Paya Jakas dan sangat teruja dengan sekeping poskad kota London. Anak Melayu mana yang tidak mahu menaiki pesawat terbang jauh ke luar negara? Itu idaman, itu cita-cita, itu mimpi semua anak kampung yang bersemangat dan bercita-cita besar.

Itulah Roza – anak kampung yang melengkapi dirinya dengan ilmu dan melangkah berani mendepani dunia baru yang sentiasa menduga dan mencabar. Sesekali sebagai manusia biasa dia turut dihanyut dan dibuai angan-angan dengan segala sifat dan keinginan duniawinya. Siapa yang tidak teruja memiliki set silverware Queen Anne, pinggan mangkuk Royal Doultan, kasut dan beg tangan Bally atau Clarks? Itu idaman semua manusia tambah lagi bila harganya turun sehingga 70%!

Roza tidak terkecuali.

Buku ini memulakan bicara dengan bab yang diberi tajuk ‘Mulut Berasap’ – suatu fenomena yang berlaku bila manusia bernafas dalam cuaca sejuk. Ia bermula dengan Dundee di Scotland, kemudian kembali ke Kuching, Sarawak dan kembali semula ke Wales, United Kingdom. Tiga kali penulis mengikut suami belajar, bertugas dan belajar semula di luar negara dan di luar Semenanjung Malaysia.

Setiap kali berada di luar negara Roza dan suami memilih untuk tinggal berjiran dengan masyarakat tempatan dan sentiasa mencari peluang untuk mengenali hatibudi mereka. Roza berpegang pada prinsip – kita baik, orang lagi baik, kita berkira orang lagi bakhil dan kita sombong orang lagi sombong!

Mereka sentiasa bersedia menghadapi apa saja pengalaman baru dengan sifat dan pemikiran yang terbuka. Roza berpegang pada pepatah Melayu, “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak” dan amarannya, jangan masuk kandang harimau atau singa….”Nanti kita dingapnya!!” seperti kata Aziz Sattar dalam siri filem Bujang Lapok (P. Ramlee).

Roza dan keluarga sering berpindah kandang dan kadang-kadang tinggal menumpang di kandang orang. Tapi sikap ikhlas dan keterbukaannya tidak mendatangkan masaalah. Mereka sanggup belajar menyesuaikan diri hingga belajar dialek daerah sewaktu di Kuching, di Scotland dan Wales. Manusia itu di mana-mana pun sama sahaja, baik di Scotland atau Sarawak.

Mereka boleh menerima kehadiran kita asal saja kita bersedia merubah diri dan menyesuaikan keadaan dengan budaya hidup mereka. Suami Roza misalnya di panggil Pok oleh orang Sarawak. Panggilan itu suatu petanda keakraban dan setiakawan yang sangat ikhlas dan mesra. Namun pengalaman yang dilalui tidak selamanya manis dan indah.

Kita sentiasa menyangka atau menggambarkan bahawa keadaan di luar negara itu semuanya teratur dan mewah. Tapi rupanya kecelakaan dan penderitaan sama sahaja, baik di Scotland, di Wales atau pun di Kuching. Dalam mendaki tangga kejayaan dan kemewahan akan sentiasa ada manusia-manusia yang jatuh tertiarap dan perlu menjalani kehidupan seadanya.

Katie yang ditemui dan menjadi rapat sewaktu di Dundee, Scotland adalah golongan tidak berpendidikan tinggi dan bekerja sebagai pencuci tandas. Pakcik Bebait di Kuching yang juga tidak sekolah tinggi, hanya membawa bot penambang merentasi sungai Sarawak. Mereka sama-sama menghadapi masaalah dalam rumah tangga yang berpunca dari sikap yang tidak saling memahami.

Katie dan isteri Pakcik Bebait sama-sama menjadi wanita yang mencurigai titik-peluh suami yang mencari nafkah hidup. Akhirnya mereka sama-sama menanggung beban penyesalan. Roza turut menyelitkan kelucuan yang pahit dari watak-watak yang ditemuinya supaya ia memberi kesan dan pengajaran kepada pembaca.

Ramona dan isteri Pakcik Bebait dengan mudah menipu suami untuk mencari nikmat dunia mereka sendiri. Ramona menipu majikan untuk mengambil cuti hujung minggu kononnya untuk bersama suami dan anak-anak, tetapi si suami memarahi pejabat kerana sering menghantar isterinya berkursus pada hunjung minggu.

Isteri Pakcik Bebait sentiasa menunggu dan mengira pendapatan suaminya dan mengamuk bila suaminya ditegur perempuan muda. Tapi akhirnya….”Lapan orang anak yang dilahirnya mempunyai rupa paras dan warna kulit yang berbeza-beza (????)!”. Pun begitu ia masih diterima suaminya.

Di Wales kita dipertemukan dengan Si Norman yang mencari orang Melayu kerana isteri Melayunya yang berasal dari Kelantan amat kesunyian. Kita juga bertemu Jasmin yang juga bersuamikan lelaki kulit putih tetapi mengaku sudah mula lupa bacaan dalam sembahyang. Kemudian kita jumpa kak Anna yang bercerai tetapi mengahwinkan anak lelakinya di gereja.

Cinta itu buta! Mereka mengikut suami tetapi akhirnya merindui segala-galanya tentang tanah air tercinta. Kesemuanya mereka memulakan perkongsian hidup dengan satu perkataan – ‘cinta’. Perkataan yang sangat indah tapi rupanya tak ‘bermata’. Sewaktu bercinta banyak pertimbangan yang hilang.

Emosi mengatasi akal fikiran dan perhitungan. Masa depan dilihat semuanya indah dan gemilang. Soal perbezaan bangsa, persekitaran yang janggal dan luarbiasa, batas agama dan sempadan budaya tidak pernah diperhitung dengan teliti. Akhirnya jadilah mereka manusia-manusia yang terperangkap dan sering menyesali diri dalam situasi yang sudah sangat terlambat!

Roza juga merasakan dirinya turut terhimpit dalam keadaan yang hampir sama. Dia turut terperangkap dalam dunia kerjaya dan sentiasa harus memilih antara menjadi suri-rumah sepenuh masa membesarkan anak-anak dan menjaga makan-pakai suami atau kenaikan pangkat dan gaji lumayan.

Dua kali dia berhenti kerja kerana mengikut suami berangkat ke luar negara menyambung pengajian dan waktu mahu pulang ke tanah air setelah suami mendapat gelar doktor (PhD). Dia pernah mencapai status orang korporat yang berjaya dan mengetuai sebuah cawangan di peringkat negeri, pernah juga menjadi jurujual dan kemudian eksekutif di bahagian khidmat pelanggan sewaktu di luar negara.

Kita dapat merasakan sedu-sedan seorang isteri yang sentiasa berkejaran ke tempat kerja, menghadiri kuliah separuh masa, mengambil anak-anak dari sekolah, bergegas pulang untuk menyediakan makan malam di rumah. Pengalaman Roza memberikan pembaca banyak peringatan tentang betapa sukarnya mengimbangi antara kerjaya dan keluarga.

Roza juga menggambarkan dengan jujur tentang hubungan keluarga, antara suami isteri dan anak-anak, menyampaikan perasaan hati seorang isteri bila terpaksa berdepan dengan keadaan dan waktu yang merubah kasih sayang dan pemerhatian. Bagaimana tersentuhnya perasaan bila suami hanya menumpukan masa pada kuliah dan padang golf.

Bagaimana seorang isteri yang menangis dalam diam atau melinangkan airmata sendirian bila ditinggalkan suami pada saat-saat yang paling diperlukan. Menjadi isteri seorang calon tajaan pengajian peringkat Phd di luar negara bukanlah suatu dunia yang mewah, tambah lagi apabila seluruh dunia menghadapi kegawatan ekonomi.

Badan korporat antarabangsa turut membuang pekerja. Ramai rakan-rakan yang hilang pekerjaan. Pelajar tajaan juga terpaksa berjimat, bahkan sampai terpaksa mengikat perut Pengalaman Roza memberikan indeks pembelian sabun dan beras: beli sabun paling murah asalkan berbuih, gantikan beras dengan kentang – sepuluh kilo beras 20 pound sterling tetapi sepuluh kilo kentang cuma 2 pound.

Selain itu suami juga terpaksa turut bekerja di restoran, mengupas bawang atau mencuci pinggan di ceruk dapur. Jadinya kehidupan di luar negara itu tidaklah semuanya indah, mudah dan mewah. Mujurnya Roza turut memahami bahawa seorang pelajar calon doktor falsafah itu sentiasa berada dalam kesunyian, kebingungan dan penuh kebimbangan.

Tetapi hakikat sebenarnya tidak semua begitu. Ramai yang sentiasa melenggang ke sana sini dan ceria sepanjang masa. Ramai yang boleh membendung rasa malu apabila pengajian terbantut atau gagal. Tak kisah! Kerana biaya pengajian bukan dibayar sendiri. Ramai yang beli kereta mewah dan membawa pulang berbagai macam barangan berjenama, kecuali ijazah PhD.

Rakaman pengalaman dan peristiwa suka-duka dalam buku ini mengambil tempuh masa yang panjang. Tempuh masa hampir tiga tahun yang membawa kedewasaan. Segala kepiluan, kesepian dan keterbatasan hidup, berkesudahan dengan kebahagian yang abadi. Cuma ia memerlukan banyak kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati serta pemikiran yang tajam untuk memandang jauh ke hadapan dan mengambilkira setiap strategi atau percaturan.

Sepanjang tempuh tersebut, Roza bercerita dengan gaya yang sangat bersahaja, jujur pada dirinya dan jujur pada Allah yang sentiasa melihat dan melindunginya. Kejujuran inilah yang membuatkan kita terasa mudah mendekatinya. Terasa kita sangat dekat dengan setiap perlukisan yang dipaparkan. Kejujuran dan keterbukaan inilah yang membuatkan rakaman ini menjadi begitu halus, ikhlas dan murni.

Roza tidak pernah mahu menjadi seorang jaguh atau seorang wirawati. Secara sedar dia mengganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan rakaman pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Tapi yang biasa-biasa itulah menjadi menarik dan luarbiasa sehingga kita ketawa dan menitiskan airmata sambil tertanya-tanya akan peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya.

Buku ini adalah bahagian ketiga dari siri travelog Roza selepas Cinta Abadi dan Impian Abadi. Anda perlu membaca ketiga-tiganya untuk melihat suatu kembara kehidupan yang mengajar banyak erti cinta, kasih, dan sayang antara sesama manusia dan manusia dengan Penciptanya yang sentiasa memberi dan menyediakan berbagai ragam panduan dan ujian, tanpa kita menyedari bahawa di akhir perjalanan itu akan ditemui rahmat dan keberkatanNya.

Allah sentiasa hadir dengan segala kebesaran, kekuasaan dan kebijaksanaanNya melimpahkan rahmat kepada hambaNya yang sedar, taat dan bersyukur. Bacalah dengan minda yang terbuka!

Prof. Dr Hatta Azad Khan
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam, Selangor.


nantikan keluaran buku prof yg ke 4 and buku Roza yg ke 3.



=========



Travelog Haji: 50 Tips Motivasi

KATA PENGANTAR
Mohd. Zaim Awang Pon

Bidang Pengajian: Kejuruteraan
Senior Petroleum Engineer
Maersk Oil Qatar



Kata Pengantar ll:


Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca manuskrip Travelog Haji, 50 Tips Motivasi (TH50TM) dan seterusnya menulis sedikit kata-kata pengantar. Ia satu penghargaan dan penghormatan yang sangat-sangat saya hargai.

Hasilnya, mata dan hati menekuni membaca dan cuba menghadami 50 tips yang diutarakan oleh penulis secepat mungkin. Alasannya mudah, bacaan yang dilakukan tidak membosankan. Saya fikir ia boleh menarik minat mereka yang akan menunaikan fardhu haji dalam masa yang terdekat. Malah – saya menjangkakan – mereka yang pertama kali ke Tanah Suci akan membawa bersama buku ini sebagai pembakar semangat.

Alhamdulillah – gambaran pertama – buku ini nyata mudah untuk difahami dan mampu pula memberi gambaran tentang isu yang – saya fikir – tidak diberi penekanan semasa membincangkan soal melaksanakan ibadat haji. Jika ada sekalipun, ia dirungkai dengan menggunakan penekatan berbeza.

InsyaAllah, khalayak pembaca akan terpaku sehingga penghujung nokhtah jika mereka berlapang dada, mahu mencari sesuatu yang bermanfaat dan seterusnya mahu menimba ilmu sama ada yang tersurat ataupun tersirat.

Rasulullah ada menyatakan, “setiap amal bergantung kepada niat,” sebagaimana yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim. Begitulah juga dengan ibadah haji. Saya berpendapat, perkara utama yang membezakan haji mabrur berbanding haji yang hanya cukup syarat ialah soal niat.

Namun niat yang tidak disusuli amal bukanlah niat yang bersungguh-sungguh. Mereka yang benar-benar mahukan haji mabrur akan mencuba sedaya mungkin dengan mengharapkan keredaan Allah SWT dan syurganya.

Dalam konteks manusia yang lemah, niat yang asalnya kelihatan tersangat tulus dan murni berubah-ubah apabila tercabar dengan godaan dan bisikan yang mendorong manusia ke arah kejahatan. Niat bukanlah sekadar kata-kata yang terucap. Ia tidak langsung membawa sebarang makna jika ia tidak bermula dari hati yang satu kepada Dia yang maha berkuasa.

Melalui pembacaan manuskrip ini, saya dapat merasai betapa penulis-penulis ini bersungguh-sungguh di dalam menyampaikan tips-tips yang mahu dikongsi bersama masyarakat. Tips-tips ini pula meliputi pelbagai aspek seperti persediaan ilmu, akidah, akhlak, pengurusan masa dan sebagainya.

Bukankah ibadat haji – sepatutnya – membentuk manusia menjadi insan yang lebih menyeluruh sifatnya. Lalu melalui tips-tips yang dilakarkan melalui coretan pengalaman ini dengan gaya penulisan santai seolah-olah membawa pembaca ke pelbagai senario sewaktu mengerjakan haji. Ia mencakupi banyak perkara.

Hampir dalam setiap topik pembaca disajikan dengan tips yang mungkin boleh diikuti dan dijadikan amalan. Pada sisi yang berbeza, tips-tips ini juga boleh dijadikan iktibar, sebagai sempadan yang mahu ditinggalkan.

Saya yakin – insyaAllah – bakal jemaah haji akan mendapati tips-tips yang dikongsi bersama oleh Prof Muhd Kamil dan Puan Roza sangat-sangat membantu secara langsung atau tidak langsung dalam usaha besar bagi mendapatkan haji mabrur.

Saya berharap dan berdoa dengan menghayati tips-tips ini juga pembaca dapat melihat bahwa ibadah haji ini bukan semata-mata ibadah individu, sebaliknya Allah juga menilai kualiti ibadah haji manusia terhadapnya melalui hubungan sesama manusia.

Walaupun buku ini ditulis khusus buat bakal jemaah, membaca buku ini sebagai seorang yang pernah mengerjakan haji mengingatkan saya tentang matlamat usaha melakukan yang terbaik.

Ia menjadikan saya berfikir dengan apa yang telah saya lalui semasa menunaikan fardhu haji di samping mendalami apakah yang mahu saya laksanakan bagi menghadapi sisa-sisa kehidupan.

Ya benar – secara umumnya – ibadah haji tamat dengan tawaf wida’. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair?

Pelbagai tips yang dikongsi dalam pelbagai aspek bukan sekadar untuk menyelesakan diri. Paling utama, kesemuanya dilakukan dalam konteks semata-mata kerana Allah. Inilah kekuatan dan keunikan buku ini.

Akhir sekali, “latihan haji” yang berjaya dalam konteks yang disebutkan mudah-mudahan membawa pembaca kepada reformasi diri sewaktu dan selepas mengerjakan ibadah haji itu sendiri.

Ia satu harapan yang dapat dilaksanakan bagi diri saya sendiri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Prof dan isteri untuk terus memberi sumbangan yang bernilai dan memberi mereka ganjaran yang tidak putus-putus.

Amin.


===


best mye komen ni



mohd rizal salikon says:

salam.

Satu titik fokus boleh dilihat dari 360 sudut secara membulat.
Malah lebih luas titik fokus itu dapat perhalusi jika di lihat secara sfera.
Semakin jauh jejarinya,semakin luaslah sferanya dan semakin luas lah pemandangan yang dapat di lihat.Mungkin juga itu adalah persepsi.

Moga Allah memudahkan urusan Tuan sekeluarga.

==


Salam

Air mata menitis, hati menjadi sebak, sayu. Ingatan demi ingatan untuk beribadah di kesunyian malam dengan bertahajjud dan berzikir kpd Allah pasti memberikan ketenangan dalam jiwa. Hanya jiwa yang mengetahui hakikat kehidupan ini akan melakukan ibadah penuh rasa khusyuk dan tawadhuk.


==

Salam Prof dan isteri,

Saya telah membeli dan membaca kedua2 buku tulisan Prof dan juga isteri. Saya mengenali…dan mendalami jiwa dan diri anda berdua melalui buku tersebut….tahniah sangat hebat..
untuk dijadikan motivasi diri…


saya juga ingin punya semangat sekuat itu dalam semua aspek kehidupan….mengenal Allah, dekat padanya…sentiasa mengharap akan rahmat dan kasih sayangnya dalam kehidupan ini. Lebih indah dan manis dirasai bila kita sama2 punya hala tuju hidup…dengan memperuntukan solat malam sebagai pengisian ibadah untuk dekat dengan Allah…dan menikmati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran khusyuk lagi tawaduk padaNya….dibawah lembayung ilham dan pimpinanNya….insyallah

http://shami2.blogspot.com/

==

































==



Tanda-tanda demikian itu yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji’ إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

Tiga perkara yang menyebabkan Allah memayungi hambaNYa:

1. Berwuduk dalam waktu sejuk yang melampau.

2. Berjalan ke masjid dalam keadaan gelap-gelita.

3. Memberi makan kepada mereka yang lapar.

Mahar untuk Memasuki Syurga ADalah IMAN..oleh itu Wanita Solehah Adalah makhluk yang paling mulia… Apabila melangkah kaki memasuki Syurga Allah Maka Allah perintahkan Malaikat Membuka pintu untuknya, Apabila bercakap mulutnya harum kerana dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan amalan-malan Soleh.. Tubuh dan jasadnya suci kerana dipenuhi dengan pahala puasa di dunia… Apabila suami melihatnya didalam Syurga akan lahir rasa Cinta dan Sayang kerana sifatnya yang sentiasa TAAT dan PATUH serta sentiasa menjaga harta dan maruah suami disaat ketiadaan suami.

Lihatlah Penghormatan Allah Yang Paling Tinggi PADA WANITA SOLEHAH semasa mendiami Syurga Ciptaan Allah..

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

..




No comments: