teringat sahabat z---d sebut cerita si pencerah
aina Allah? di mana Allah?
so mumumimi jawab...di
mumumimi says:
Salam Sejahtera Prof,
Agaknya Tuhan hanya ada di bulan Ramadhan boleh juga dibuat pertanyaan. Persoalan lain adalah agaknya Tuhan hanya ada bila berlakunya kematian. Lihat sahaja fenomena bulan Ramadhan , orang perempuan berhati-hati dalam pakaian, solat Jumaat bilangan jamaah luar biasa dan Solat Subuh contohnya bilangan jamaah juga luarbiasa, suasana di masjid dan surau meriah pada malamnya.
Begitulah juga hati-hati berpakaian orang perempuan khususnya ketika berlakunya kematian bahkan di kaca TV pun jelas kelihatan jika kematian melibatkan pembesar negara.
http://muhdkamil.org/blog/2011/07/06/sentiasa-muda/
Seorang kenalan lain bertanya, “benar prof akan ke Madinah?”.
“InsyaAllah, September nanti. Doakan saya dipermudahkan”.
Saya mendiamkan diri apabila beliau menyambung kata, “saya mendapat khabar ini dari XYZ, katanya Prof ingin mencari Tuhan di sana”.
Ia persepsi yang sukar diterima. Agaknya Tuhan hanya ada di Mekah atau Madinah. Begitulah, saya sering teruja untuk memberi pandangan kepada rakan-rakan yang baru pulang daripada menunaikan umrah dan haji yang menyebut, “Ya Allah prof, saya mula rindukan Mekah dan Madinah”.
“Jika kita rindukan Mekah dan Madinah, kedua-duanya tiada di Malaysia. Kumpul duit dan InsyaAllah pergilah lagi menunaikan umrah. Terubatlah rindu pada Kaabah dan Masjid Nabawi. Jika rindu dengan amalan kita di sana – rindu pada Allah -, marilah kita solat berjemaah di masjid. Itulah rumah Allah yang ada di Malaysia. Marilah kita solat malam….”.
Ironinya, amalan-amalan yang sepatutnya mengubat rindu dan melahirkan rasa cinta kepada Dia diketepikan. Disebut-sebut sesuatu yang pasti tidak tercapai dalam sekelip mata. Malah ia mempunyai kekangan yang pelbagai.
Di celah-celah sekumpulan manusia yang usianya menghampiri 60 tahun, saya melihat Roza tersangat muda. Bagaimanapun ia sudah cukup tua untuk mengingatkan diri sendiri betapa jalan yang bakal dilalui akan menghampiri nokhtah.
Persaraan mengingatkan kami kepadaNya tempat kembali yang hakiki.
Wednesday, 6 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment