Thursday, 6 May 2010

Apa itu IQ, EQ dan SQ?





source



Apa itu IQ, EQ dan SQ? Apakah kaitan di antara ketiga-tiga bahagian ini? Mengapa ketiga-tiga bahagian ini penting di dalam kehidupan kita? Adakah diri kita mempunyai ketiga-tiga bahagian ini? Bagaimana kita ingin meningkatkan kecerdasan ketiga-tiga bahagian ini?

Saudara,
Jika ketiga-tiga tahap ini dapat ditingkatkan kecerdasannya, saudara mampu menjadi manusia hebat yang mempunyai IQ yang cerdas, EQ yang mantap dan SQ yang kukuh.

Intelligent Quotient (IQ)
Ramai orang mempunyai IQ yang baik. Sebab itu zaman hari ini, teknologi berkembang dengan pesat baik segi sains teknologi atau sains sosialnya. Teknologi perbuatan semakin hebat begitu juga dengan perniagaan dan sebagainya.

Jumlah mereka yang masuk ke universiti meningkat saban tahun. Graduan makin bertambah sehingga sesetengah bidang sudah lebih daripada tahap yang diperlukan. Manusia menjadi semakin pandai. IQ semakin cerdas dan hebat.

Namun di dalam kehebatan dan kecerdasan ini manusia iaitu kita seringkali banyak mementingkan diri sendiri. Corak kehidupan hari ini sungguh menakut kerana manusia berlumba-lumba mengejar material. Fahaman materialism menyebabkan kita tidak mementingkan perasaan orang lain.

Kepentingan diri adalah segala-gala. Malah ada yang lebih teruk di mana kepentingan diri sendiri mesti diutamakan berbanding kepentingan anak-anak, isteri/suami atau keluarga sendiri. Biarlah apa juga bakal terjadi pada anak isteri/suami atau keluarga yang penting diri sendiri sentiasa selamat dan gembira.

Dengan anak, isteri/suami dan keluarga pun sudah tidak ambil peduli, bagaimana dengan masyarakat, dengan bangsa dan agama?

IQ menjadikan manusia hebat namun jika tidak adanya EQ, manusia menjadi lebih teruk daripada haiwan.

Emotional Quotient (EQ)
EQ merupakan satu hal untuk memahami perasaan orang lain. Manusia hari ini amat kurang dengan EQ. Tidak perlu memberi contoh yang berat. Ambil sahaja contoh di parking kereta. Berapa ramai yang parking kereta di tempat kerja, di kedai-kedai dan sebagainya mengikut sesuka hati tanpa memikirkan orang lain.

Hari ini salah satu kes penceraian adalah kerana pasangan suami dan isteri tidak cuba memahami perasaan masing-masing. Diri sendiri mementingkan rasa dan perasaan sendiri. Suami terlalu ego. Isteri terlalu sensitif. Akhirnya tiada kata sepakat dan tidak ada cara lain melainkan bercerai.

Kekurangan kecerdasan emosi di kalangan kita amat menakutkan. Di universiti amat jarang kursus-kursus seperti ini di adakan. Dunia hari ini adalah dunia mengejar material. Manusia tidak kisah apa orang lain kata, apa perasaan orang lain.

Namun sesetengahnya cukup cerdas emosinya. Maksudnya cukup baik dengan semua orang. Ahli perniagaan zaman sekarang cukup hebat di dalam mengambil hati. Begitu juga dengan sesetengah pekerja. Bijak mengambil hati bos.

Tidak ketinggalan suami atau isteri pandai mengambil hati pasangan masing-masing.

NAMUN jika manusia mempunyai IQ dan EQ yang cerdas tetapi tidak mempunyai SQ yang cerdas, maka sudah pasti segala apa yang dilakukan hanya semata-mata ada sesuatu agenda lain. Ini bermakna IQ dan EQ semata-mata tidak cukup. Manusia harus dipimpin dengan SQ.

Spiritual Quotioent (SQ)
Terlalu sedikit jumlah manusia yang mempunyai kecerdasan spiritual. Ramai di antara kita cerdas IQ dan EQnya di mana hubungan sesama manusia amat baik. Kita dapat lihat di tempat kerja kita di mana ramai yang tidak ada masalah di dalam intelektual dan memahami perasaan orang lain.

Namun sejauh mana keikhlasan di dalam melakukan kerja? Bagaimana dengan sikap BANGGA DIRI, DENGKI dan sebagainya. Berapa ramai yang sering berkata bahawa syarikat tidak pernah menghargai apa yang telah dilakukan oleh dirinya? Berapa ramai yang berkerja semata-mata hanya kerana pangkat dan jawatan? Berapa banyak yang mempunyai hubungan dan sentiasa mesra dengan semua orang tetapi itu semua hanya untuk kepentingan yang terselindung.

Saudara,
Kita pada hari ini beribadat tidak lain dan tidak bukan adalah kerana material. Kita melakukan amal ibadat seperti bekerja, solat, puasa dan sebagainya hanyalah semata-mata agar Allah memurahkan rezeki kita.

Banyak kali kita diajar untuk murahkan rezeki, banyak zikir dan ayat-ayat Al-Quran itu dan ini. Lalu kita beramal dan beribadah tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mengharapkan Allah berikan rezeki yang banyak kepada kita.

Di dalam hidup kita, fikiran kita hanya duit semata-mata. Kecerdasan IQ dan EQ kita digunakan hanya untuk duit. Berkawan baik dengan orang juga kerana duit atau sekadar mudah jika memerlukan pertolongan.

Saudara,
Kecerdasan spiritual adalah ukuran sejauh mana kita sebenarnya meletakkan Allah itu berada di kedudukan paling tinggi dalam SELURUH hidup kita dunia dan akhirat.

SEHARUSNYA kita mengerjakan solat bukan untuk syurga dan pahala tetapi SEHARUSNYA adalah kerana Allah. Kerana cinta kepada Allah. Kerana Allah semata-mata. Kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan bukan kerana takut masuk ke neraka Allah, bukan kerana takut diseksa tetapi SEHARUSNYA hanya kerana kita sayang dan cinta kepada Allah.

Syurga dan neraka adalah hak Allah. Allah maha mengetahui apakah pembalasan yang seharusnya diberikan kepada kita. Yang utama, kita lakukan segala-galanya adalah kerana cinta kepada Allah. Inilah kecerdasan spiritual tahap tertinggi.

Redha dan Rahmat adalah milik Allah dan Allah adalah Maha Adil pemberianNya. Allah mengetahui siapa yang layak untuk medapat syurga atau masuk ke neraka.

Apabila jiwa dan hati hanya cinta pada Allah, kita akan menyerahkan segala-galanya 100% kepada Allah. Kita berusaha dan rajin melakukan kerja adalah kerana Allah.

Bacalah doa Robiatul Adawiyah di bawah di mana tahap spiritual beliau mencapai kecerdasan agung.

Kesimpulan
Saudara,
mantapkan kecerdasan spiritual kerana spiritual yang cerdas pasti akan menghasilkan emosi yang cerdas. Spiritual yang cerdas bukan hanya mementingkan material. Bukan mengerjakan solat hanya kerana material. Berzikir kerana material. Solat malam kerana material. Membaca Al-Quran hanya surah-surah tertentu yang diyakini dengan membaca surah tersebut mampu mendapat rezeki yang banyak.

Apabila SQ baik dan diri kita sentiasa ingat Allah setiap saat, pasti EQ kita mampu dikawal dengan baik. Kita dapat memahami bukan hanya manusia bahkan haiwan dan alam sekeliling dengan baik.

Apabila SQ dan EQ berada di tahap yang cerdas, pasti IQ juga cerdas. Jiwa sentiasa positif, jiwa sentiasa tenang, jiwa sentiasa ingat Allah maka sudah pasti segala apa yang kita belajar mudah faham, mudah ingat dan mudah diaplikasikan.

LALU PERSOALANNYA BAGAIMANA MEMANTAPKAN SQ? InshaAllah akan dijelaskan.


http://esq.com.my/v1/

No comments: