dari prof kamil blog...
====
Cakap dan amal
Kuliah rabu bersama Tuan Haji Omar.
Malam tadi beliau bercerita, “Ada seorang guru yang kebiasaannya mengajar 4-5 hadis setiap kali beliau menyampaikan syarahan. Satu malam, setelah selesai menghurai dua hadis, beliau menutup kitab dan berkata, kita sambung besok. Terdapat anak murid yang tidak berpuas hati dan bertanya kenapa. Rahsianya, guru tersebut belum mengamalkan apa yang disebut oleh hadis yang bakal diajar”.
Maksudnya, mengajar tanpa amal bukanlah satu sifat terpuji. Ia hanya boleh menjadi satu ilmu semata-mata. Berkat? Entah! Malah Allah mencela mereka yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya. Saya pernah menulis di dalam buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008),
Mengajak atau memujuk diri sendiri untuk melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi untuk menyeru mereka yang lain. Ia satu tugas yang sukar. Dalam konteks yang berbeza, ramai di antara kita yang boleh bercakap, bersyarah dan menyampaikan ilmu yang penuh di dada kepada masyarakat. Ramai yang berbakat.
Namun kebanyakan seruan tersebut sukar menembusi hati dan perasaan pendengar. Kenapa? Saya fikir, mereka tidak dapat melihat hubungan di antara cakap dengan amalan yang dilaksanakan oleh seorang pendakwah. Itulah di antara kepincangan sebenar masyarakat kerana gagal mengamalkan apa yang ada di dada.
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya [Surah As-Saff, ayat 1-3]
Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
14 hours ago
No comments:
Post a Comment