Keinginan dan kemahuan
source dari blog prof kamil
Keinginan dan kemahuan
“Prof, saya ingin bangun dan solat malam tetapi saya tiada kekuatan. Bagaimana caranya?,” soalan cepumas yang kerap ditanya.
Pensyarah-pensyarah yang hampir dengan saya juga sering bertanya, “saya ingin menulis tetapi sentiasa tidak mampu untuk bermula. Bagaimana caranya?”.
Saya ingin lakukan itu…. tetapi …. begitu!
Percayalah, itulah tanda-tanda bahawa kita sesungguhnya manusia yang sangat lemah. Saya sendiri mempunyai keinginan dan kemahuan yang cukup banyak. Banyak yang gagal daripada yang berjaya. Namun – saya fikir – ada keinginan dan kemahuan yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana ia sangat penting dalam kehidupan kita.
Ia perlu dipohon kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Misalnya, salah satu keutamaan yang saya fikir wajar adalah melaksanakan solat-solat sunat. Keupayaan untuk melaksanakan solat atau mengurus malam bagi seorang muslim merupakan keinginan dan kemahuan yang patut dilakukan.
InsyaAllah, jika ingin dilakukan secara ikhlas kerana cintakan Allah – insyaAllah – ia dapat dilaksanakan. Dugaan dan cubaan pasti ada namun kita pasti terasa-rasa yang ada kuasa memberi bantuan. Malah – saya berpendapat – pelbagai isu-isu semasa akan dapat diselesaikan melalui amalan seumpama ini.
Bagaimana mahu membuktikan kenyataan ini. Emmmm….. ada orang bertanya begitu. Saya sukar untuk memberi jawapan tetapi biarlah hadis ini dijadikan renungan….
Allah Subhanahu wa Ta’ala turun ke langit dunia, ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru: Adakah di antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah di antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya [Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]
Ada juga yang bertanya, “Prof, bagaimana mahu solat sunat, solat wajib pun belum tentu selesai….”
Saya tersenyum dan jarang saya memberi jawapan balas. Kenapa? Jawapan itu ada di dalam diri masing-masing. Mudah-mudahan Allah memberi keampunan kepada kita semua!
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
13 hours ago
No comments:
Post a Comment