Friday 14 May 2010

perihal belajar

Setiap orang perlu sentiasa belajar. Belajar tidak akan tamat sehinggalah kita berhenti di persimpangan, samada ke syurga ataupun neraka. Titik persimpangan itulah yang dinamakan kematian.

Bila mahu belajar, hati perlu terbuka. Minda perlu bersedia untuk mempertimbangkan gagasan baru atau memperteguhkan apa yang telah dipelajari. Ramuan untuk belajar yang berkesan ialah melalui guru. Kedua, melalui pembacaan. Ketiga, melalui pengalaman. Alahai… banyak cara untuk belajar jika kita mahu belajar.

No comments: