Sunday, 15 May 2011

Ada dua ingatan Allah yang melekat di dalam minda

pesanan dari prof dari blog prof





Ingatan



Saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran ketika berada di Madinah. Lebih 1200 muka surat. Ia bacaan yang penuh kusyuk, hampir 24 jam minus waktu tidur dan kegiatan lain di sekitar 3-5 jam.

Ada dua ingatan Allah yang melekat di dalam minda. Ia disebut berulang-ulang. Pertama, kataNya manusia adalah lemah sifatnya. Pagi minta ampun, petang sudah melakukan kesilapan.

Malam bertaubat, pagi sudah melakukan dosa-dosa baru. Namun Allah tegaskan juga yang kerana itulah sifat manusia maka kita sentiasa perlu memohon keampunanNya.

Kedua, Allah menyebut secara jelas betapa kebanyakan manusia akan mengingatiNya ketika susah tetapi lupa ketika senang.



“Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami. Hanya kepada Mu tempat kami meminta pertolongan”.


===


oleh itu jika itu yang melekat di fikiran prof.


Soalan UNTUK SAYA : apa kah yang melekat dan meresap dalam diri saya apabila saya baca tafsir Quran? apabila tadabbur ayat Quran? melekat dan meresap ke hatikah?


... hmmmm jawab jawab

No comments: