Friday 20 May 2011

khatam Quran : baca, faham dan amal



kisah menarik khatam quran di sini




Al-Quran dapat dikhatamkan sekali setahun jika membaca al-Quran secara konsisten dua (2) muka surat sehari sahaja. Mudah bukan? Namun hadir pula mulut yang menghidangkan seribu satu alasan. Sibuk konon-kononnya. Padahal al-Quran disimpan rapi di rak sebaik takbir raya bergema.

Dalam sebuah hadith riwayat al-Baihaqi dalam Dalailul Nubuwah, Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Malaikat akan mengucup kening orang yang khatam al-Quran.” Malah sebaik khatam al-Quran juga doa mustajab.

Malahan juga, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan agar mengkhatamkan al-Quran setiap bulan. Maksud sabda Baginda s.a.w.: ” Bacalah (khatamkanlah) al-Quran setiap bulan.”

Kemudian Abdullah bin Amru berkata: ” Tetapi aku mampu buat lebih daripada itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Maka bacalah setiap 20 hari.”

Abdullahbin Amru berkata: ” Tetapi aku mampu buat lebih daripada itu.”

Rasulullah bersabdalagi: ” Maka bacalah setiap tujuh hari tetapi jangan lebih daripada itu.” (Riwayat al-Bukhari no.4767 dan Muslim no.1159)


semuga bukan sahaja baca Quran tapi faham isi Quran,


then kena Amal apa dalam Quran....



amin

No comments: