Firman Allah surah Ali Imran ayat 64 yang bermaksud, "Katakanlah Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan dantara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia (seperti pemimpin dan sebagainya), sebagai tuhan selain Allah."
beberapa Firman Allah yang lain seperti berikut:
1) Surah Al-Ikhlas: Katakanlah (Wahai Muhammad), "(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya."
2) Surah Al-Maidah (ayat 3): "..pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku (Allah) telah redakan Islam itu, menjadi agama untuk kamu."
3) Surah Al-Fatihah (ayat 1): " Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam."
4) Surah Al-Jumuah (ayat 1): "Segala yang ada di langit dan di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah. Yang Maha Menguasai (sekelian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.."
.
Wednesday, 25 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment