Sunday, 15 May 2011

Ya Allah aku ingin bersolat malam ya Allah, Kaulah satu-satunya penolong dan pembantuku. , bantulah daku ya Allah”



Kehebatan Allah tidak sampai dek akal fikiran manusia.


Kehebatan Allah tidak sampai dek akal fikiran manusia.


“Ya Allah aku ingin bersolat malam ya Allah, aku ingin menutup aurat ya Allah, aku ingin sentiasa solat berjemaah di masjid ya Allah. Namun aku manusia yang lemah ya Allah, aku tidak upaya ya Allah, aku bergantung kepadaMu, Kaulah yang Maha Berkuasa, ……… Kaulah satu-satunya penolong dan pembantuku. Kau bantulah daku ya Allah, bantulah daku ya Allah”

Sepanjang di Mekah dan Madinah, teruskan usaha-usaha meminta pertolongannya. Kita benar-benar bersungguh dan ikhlas mahu melakukannya semata-mata kertana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah. Allah sudah berjanji yang Dia akan membantu mereka yang benar-benar mahu beramal ibadat keranaNya.

Tips saya, “jangan berburuk sangka dengan Allah”.

Saya berdoa agar maksud sebenar “kekuasaan Allah”menyerap masuk ke seluruh jiwa dan perasaan. Jika begitu, kita akan terus berdoa dan berusaha meskipun ia mengambil masa yang panjang!


==


http://lifenstudy.blogspot.com/2011/05/tips-prof-jangan-berburuk-sangka-dengan.html

No comments: