Friday, 20 May 2011

cadangan pelan tindakan untuk saya bertindak...




Tindakan Kita

Menetapkan target:Agak-agak tempoh yang kita mampu untuk mengkhatamkan Al-Quran, dan tetapkannya. Contoh: Sekali khatam setiap bulan.

Cara mencapai target:Rangka berapa banyak yang perlu kita baca setiap hari untuk mencapai target. Contoh: Jika targetnya sekali khatam setiap bulan, maka sehari satu juz. (Ingat! mesti semampu kita dan realistik).

Luangkan waktu khusus untuk membaca Al-Quran:Tetapkan waktu khusus dalam sehari yang mana kita dapat mendedikasikan masa hanya untuk baca dan fahami Al-Quran.

Istiqamah:Sentiasa jaga konsistensi pembacaan Al-Quran sehari-hari dan perlahan-lahan tingkatkannya. Contoh: Mulakan dengan membaca satu muka sehari, lalu seiring berjalannya waktu, naikkan menjadi dua muka, tiga muka dan seterusnya semampu yang boleh.

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:


"Dikatakanlah (kelak ketika akan masuk syurga) kepada ahli Al-Quran (yakni gemar membaca, menghafal serta mengamalkan isinya): "Bacalah dan naiklah darjat/martabatmu(dalam syurga) serta tartilkanlah (yakni membaca dengan tartil) sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, kerana sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca."


Maksudnya, jika kita membaca seluruh Al-Quran adalah di martabat tertinggi, maka jika kurang daripadanya adalah di bawahnya menurut kadar banyak dan sedikitnya pembacaan kita. (HR Imam Abu Dawud dan Tarmidzi dan Tarmidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan sahih..

Selamat beramal! ^_~

untuk saya...


=== artikel dari sumber



Imam Nawawi menukilkan dalam bukunya At-Tibyan Fi Aadaab Hamalatil-Qur'an:

" Digalakkan untuk kita mengkhususkan waktu dalam membaca Al-Quran, menjaga waktu pembacaan dan melakukan peningkatan dalam pembacaan.

Adalah salafussoleh(orang soleh terdahulu) radhiallahuanhum membiasakan pengkhataman Al-Quran dalam tempoh masa yang berbeza-beza..

Ibnu Abi Daud telah meriwayatkan bahawa sebahagian golongan salaf menyelesaikan sekali khatam Al-Quran dalam masa dua bulan.

Sebahagian yang lain mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan.

Dan sebahagian yang lain pula ada yang menyelesaikan satu khatam dalam masa sepuluh hari, antaranya adalah Hasan Al-Basri. Ada juga yang mengkhatamkannya setiap hari kelapan seperti sahabat Nabi, Ubay bin Ka'ab r.a..

Sebahagian besar daripada mereka menyelesaikan Al-Quran dalam tempoh seminggu, antaranya Abdullah bin Mas'ud, Alqamah bin Qays dan lain-lain.

Segelintir yang lain seperti Al-Asud bin Yazid mengkhatamkan dalam masa enam hari, dan ada juga setiap lima hari.

Sebilangan daripada mereka mengkhatamkan pada setiap empat hari seperti Abu Darda' r.a..

Bahkan sebahagian besar salafussoleh mengkhatamkan Al-Quran setiap tiga hari seperti Abdullah bin 'Amr.

Beberapa yang lain menghabiskan pada setiap dua malam seperti 'Ataa bin As-Sa'ib dan kebanyakannya menghabiskan pengkhataman kitab suci Al-Quran pada setiap hari seperti Abdullah bin Az-Zubair.

Antara yang mengkhatamkan ayat-ayat cinta Allah ini pada setiap siang dan malam adalah Sayyidina Uthman bin Affan, Tamim Ad-Dariy, Sa'id bin Jubair, Mujahid Al-Makki, Imam As-Syafi'i radhiallahuanhum dan lain-lain.

Malah ada juga yang melengkapkan dua kali khatam sehari, sekali khatam pada siang hari, dan sekali pada malamnya seperti Abdul Rahman bin Al-Qasim dan ada juga tiga kali khatam sehari seperti Sulaim bin 'Itr,empat kali sehari seperti Abu Umar Al-Kindi dan lapan kali sehari seperti Ibnu Al-Katib rahimahumullah(4 kali siang 4 kali malam)..

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dengan sanad yang sahih, bahawa Mujahid Al-Makki pernah mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan antara waktu maghrib dan isya'.

Beberapa golongan tabi'ien juga pernah menyempurnakan dua khatam antara maghrib dan isyak selama bulan Ramadhan.

Diriwayatkan juga bahawa sangat ramai dari salafussoleh yang menyelesaikan seluruh Al-Quran dalam satu raka'at. Antaranya adalah Sayyidina Uthman bin' Affan, Tamim Ad-Dariy dan Sa'id bin Jubair radhiallahuanhum. "




more artikel on khatam Quran


No comments: