Sunday, 15 May 2011

kami turut bangun malam melakukan solat tahajud

ni pengajaran untuk saya dari prof...


quote "


InsyaAllah, tiga yang lain akan dapat menyiapkan tesis mereka dalam masa yang terdekat. Hampir setiap 1/3 hujung malam yang tersisa saya berdoa buat anak-anak murid saya supaya dipermudahkanNya.

“Ya Allah ya Tuhan Kami, jadikanlah anak-anak murid kami sebagai anak murid yang tunduk dan patuh kepadaMu. Jadikanlah mereka sebagai anak-anak murid yang tahu bersyukur dan mencintai Mu.

Ya Allah mudahkanlah urusan pengajian mereka, mudahkanlah penulisan mereka, mudahkanlah VIVA mereka dan mudahkanlah segala-galanya”.

DIAlah tempat kami berserah dan memohon perlindungan.


"


-- moga saya mencontohi mu prof dan menjadi insan yang lebih baik , hari ini dari semalam.


insyaAllah. jika Allah izin.



dan ini kejayaan anak didik prof....



SHAH ALAM 12 Mei – Sepasang suami isteri, Dr. Mohd. Ariff Kasim dan Dr. Siti Rosmaini Mohd. Hanafi menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Perakaunan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-74, di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), di sini hari ini.

Pasangan berusia 35 tahun itu mengakui mula menjalin hubungan cinta sejak mengikuti program Diploma Perakaunan di UiTM Machang, Kelantan dan berkahwin selepas tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Arau, Perlis pada 2000.

Kedua-duanya yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Muadzam Shah, Pahang juga melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di UiTM dan seterusnya ke peringkat PhD.

Pasangan sehati sejiwa itu antara 704 graduan yang menerima anugerah masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM.

Mohd. Ariff berkata, walaupun terpaksa berulang-alik dari Muadzam Shah ke UiTM di sini selama 40 bulan, tetapi dia bertuah kerana dapat melakukannya bersama isteri.

”Dengan sentiasa bersama, kami berasa bersemangat dan mendapat galakan meskipun masing-masing berada dalam keadaan tertekan untuk melengkapkan tesis kami.

”Selain mengulang kaji, kami turut bangun malam melakukan solat tahajud bersama-sama agar berjaya dalam pengajian,” katanya.

(Sumber: Utusan Malaysia, ruangan pendidikan, 13hb Mei 2011).

Nota MKI: Arif dan Ros, ingat pesan saya, “Dekati Allah ketika senang dan susah,” insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat!



kejayaan anak buah didik prof :



Mudahkan mereka ya Allah

Tiga pelajar PhD saya yang telah menaiki pentas dan bergelar Dr kelihatan sangat cemerlang. Dr Zaleha di UKM, Dr Ridzwan di TM dan terbaru, Dr Rosmaini di UNITEN.

Dr Rosmaini dan suami, insyaAllah akan mula berkhidmat di salah sebuah universiti UAE bersekali – insyaAllah – ketika saya melaporkan diri di Universiti Taibah, Madinah. Khabarnya pada bulan September.

Dr Ridzwan juga dipinjamkan ke Universiti MultiMedia bagi menguruskan pengajian di peringkat pasca-siswazah. Beliau juga sangat aktif menulis dan sehingga kini sudah menerbitkan tiga tajuk, Haji Muda, Bila Pintu Hati Terbuka dan terakhir yang dilancarkan serentak dengan buku 50 Tips Motivasi Haji, Rinduku pada Baitullah.

Dr Zaleha pula sedang mendaki kerjaya sebagai seorang ahli akademik perakaunan di UKM.

Saya tidak kisahkan sangat dengan mereka bertiga. Mereka sudah boleh berdikari malah boleh menjadi manusia yang jauh lebih baik daripada saya.

No comments: